20151217

Mesin Cahaya Masa - Wani Ardy


Kalau masa tingkatan enam memang aku terperuk dalam perpustakaan sekolah (sebab cikgu-cikgu cenderung biar budak tingkatan enam jaga diri sendiri) dan habiskan masa baca buku puisi. Kalau tidakpun masa tingkatan tiga duduk tepi rak buku perpustakaan mini asrama petang.

Dah besar ni, jarang-jarang suka. Malas nak berfikir, nak menghadam. Kalau aku beli sepuluh, mungkin ada satu dua sahaja yang aku suka. Aku perasan, novel dan cereka aku lebih kepada penulis lelaki tapi puisi, pilihan aku penulis perempuan. Salah seorangnya, Wani Ardy.

Barangkali sebab orang kata puisi lagi dekat dengan kehidupan dan aku / kebanyakan kita jenis suka dengan sesuatu yang kita boleh kaitkan dengan diri sendiri, hidup sendiri. Dan aku bukan seorang yang kuat berimaginasi (kecuali dalam mimpi yang singgah bila tidur selepas subuh/ semasa asar) jadi susah nak mendalami dunia yang aku tak faham. Tapi sebagai perempuan aku fahamlah dunia perempuan.

Lepas tu, kalau dah suka, semua benda kau suka. Kalau dah baca Langit Vanilla, dah ada CD dia, takkanlah tak baca Mesin Cahaya Masa.

Mesin Cahaya Masa - dari puisi ke catatan ke puisi ke catatan... dari awal sampai habis, meremang-remang jugalah bila dah mendalami tu. Walaupun apa dia nak sampaikan mungkin lain daripada apa yang aku rasa, yang penting ada rasa. Yang penting, terkesan.
Post a Comment