20150302

Penang Trip X Hari Pertama - Interactive Museum, Heliconia Hotel, dan Batu Feringghi

Pejalanan dari Setapak ke Pulau Pinang adalah sangat berliku.

Ada satu masa kami terkena saman AES (dah dapat pun suratnya). Masa yang lain pula minyak hampir habis dan sesat mencari stesen minyak.

Walaupun lewat dua jam daripada perancangan, akhirnya kami sampai juga di Pulau Pinang.

Selepas dari majlis perkahwinan di Butterworth, kami bergegas ke Georgetown. Tempat pertama kami pergi adalah Made in Penang Interactive Museum.

Tempat ini dipilih kerana lokasi dan juga review di media sosial, tapi agak mengecewakan. Samada memang tak minat benda macam ni atau salah pilih tempat.

Bayaran masuk adalah RM15 seorang dan kami juga diberikan voucher untuk minum-minum di kedai bersebelahan yang hanya valid pada tarikh yang sama. Di dalam muzium boleh mengambil gambar dan juga melihat sculpture mini yang menggambarkan kehidupan di Melaka pada zaman dahulu. Selain daripada itu, terdapat juga booth interaktif dimana kita boleh imbas tiket masuk dan akan ada pancaran hologram berbentuk jambatan Pulau Pinang atau kawasan Georgetown itu sendiri.






Sebaik sahaja keluar daripada kawasan pameran, kami singgah di kedai coklat betul-betul disebelah exit. Penjaga kedai sangat ramah dan sabar melayan kerenah kami yang ingin mencuba pelbagai perisa coklat yang dijual. Kami juga diberikan penerangan tentang asal usul buah koko itu sendiri. Bak kata Ira, kedai tersebut lebih interaktif daripada muzium interaktif. Kami keluar daripada kedai itu dengan bag plastik berisi coklat dan hati yang gembira.



Disebabkan sudah lewat, kami tidak berkesempatan untuk melawat Muzium Negeri jadi kami terus menuju ke Hotel Heliconia, Lebuh Kinta untuk check in.

Tempahan dibuat melalui laman Agoda beberapa minggu sebelumnya. Hotel tersebut di apit dua hotel lain yang lebih besar tetapi kami memilih ia berdasarkan review di media sosial. Untuk satu bilik dengan dua katil, bayaran lebih kurang RM150 semalam. Dalam bilik tersedia water heater dan tv. Apa yang melucukan adalah bilik air tidak boleh dikunci dan bahagian atas bilik air adalah kaca sahaja, bukan dinding batu. Kedudukan katil pula betul-betul bersebelahan dinding bilik air, kalau ada yang berdiri atas katil confirm boleh nampak apa orang buat dekat dalam. Walaupun budget hotel dan bilik yang tersedia adalah kecil, ianya amat selesa. Cukuplah buat tidur dan bersiap. Keselamatan juga terjamin dengan adanya pengawal keselamatan yang bertugas dua puluh empat jam dan juga kad akses yang diperlukan untuk menaiki lif ke tingkat bilik hotel.

Gambar senget sebab rushing -_-
Pada sebelah malam kami ke Batu Feringghi. Aktiviti malam mengikut itinerary adalah makan di Mady Char Kuey Teow dan jalan-jalan di Night Market.

Selepas lebih kurang tiga puluh minit perjalanan, kami tiba di Mady Char Kuey Teow. Pengunjung kedai agak ramai tetapi masih ada meja kosong semasa kami tiba. Masing-masing memesan Char Kuey Teow special. Rupa-rupanya yang special adalah tambahan telur mata goreng (je). Agak sedap juga Char Kuey Teow di sini tetapi saya lebih suka Sany Char Kuey Teow yang ada di majlis perkahwinan Rizalia + Munir. Lagi sedap kuahnya.




Selesai makan kami berjalan-jalan di Night Market. Ramai betul orang dan lorongnya pula sempit. Ada masa terpaksa bersesak-sesak. Tidaklah begitu menarik tempatnya. Sama saja macam uptown, downtown atau pasar karat di tempat-tempat lain. Tak apalah, yang penting dekat situ kami dapat beli souvenir berupa fridge magnet, dan keychain. Sempat juga belikan cermin poket untuk kawan-kawan dan diri sendiri. Selain souvenir, ada juga jual barangan imitation dan CD cetak rompak. Food court juga ada untuk orang singgah makan. Tak lupa buskers.



Malam makin tua dan kami pun sudah penat maka kami patah balik ke kereta. Dalam perjalanan tu kami singgah di booth aiskrim. Ada dua tiga booth aiskrim yang sama sepanjang deretan kedai. Masing-masing beli satu perisa berlainan. Semua puji kesedapan perisa aiskrim pilihan masing-masing. Samada memang sedap ataupun kami terlalu penat dan kepanasan sampai rasa aiskrim tu betul-betul heavenly.

Chocolate Mint
Sampai di hotel, parking dah penuh. Inilah kekurangan hotel di kawasan Lebuh Kinta. Parking sangat terhad. Kami dibenarkan parking ditepi jalan. Gear lock tak ada jadi agak risau. Tapi disebabkan adanya pengawal kesalamatan, kami dengan yakin parking situ. Kami juga dipesan untuk alihkan kereta sebelum pukul 9 pagi untuk elak disaman MPPP kerana parking tanpa kupon.
Post a Comment