20150309

Penang Trip X Hari Ketiga - Transfer Road dan Feri

Hari ketiga bermula agak lewat. Kalau ikut plan sepatutnya pukul 8.00pagi dah check out hotel dan pergi breakfast. Akhirnya, dalam pukul 10.00pagi juga kami siap. Tak sempat lah nak makan tengahari di Ipoh...

Gambar terakhir dalam hotel sebelum check out
Kami terus ke Transfer Road selepas check out. Ramai orang walaupun pada hari Isnin. Kebetulan hari it cuti ganti Hari Wilayah. Mungkin ramai yang ambil peluang untuk ke Pulau Pinang.

Pilihan sarapan di Transfer Road tentulah roti bakar dan roti canai (dengan ayam/ daging). Memang habis diet semua orang. Kalori pun dah terbabas hanya dengan sarapan pagi. Tapi bukan selalu datang Pulau Pinang.

Roti bakar sedap. Rasa macam makan telur separuh masak sekali dengan roti bakar. Roti canai pun sedap. Yang membezakan mestilah karinya. Dah lah ada ayam sekali, kalau tak kenyang tak tau nak cakap apa. Daging pun lembut.






Selesai bersarapan, maka berakhirlah percutian kami di Pulau Pinang, kami memulakan perjalanan pulang dengan menaiki feri ke Butterworth dan seterusnya, ke Kuala Lumpur.


"Ada apa-apa lagi tinggal tak?" 
"Tinggal kenangan jelah..."
Post a Comment