20150304

Penang Trip X Hari Kedua - Lorong Kulit, Rumah P.Ramlee, Camera Museum dan Chowrasta


Hari kedua bermula seawal 8.30pagi. Kami terus menuju ke Lorong Kulit. Tujuan utama kami adalah untuk ke Lorong Kulit flea market yang dibuka dari pukul 8.00pagi sampai 2.00petang sahaja. Dah alang-alang, kami bersarapan sekali disana. 

Ada dua tempat makan di Lorong Kulit. Kami ke Medan Selera Lorong Kulit sebab nak makan roti canai. Di sana dapatlah kami pekena nasi lemak sekali. Yang berbeza roti canai dari segi kari dia. Tak sama dengan yang kami selalu makan. Selain tu, sama sahaja. Paling best, harga sangat murah. tak sampai RM5.00 untuk roti canai, roti telur, nasi lemak dan teh tarik.



Bila dah kenyang kami ke flea market pula. Macam-macam ada antaranya, buah-buahan, pokok dalam pasu, pasu tanah liat, helmet, barang keperluan harian macam syampu dan sabun, shade kereta, kasut dan baju terpakai, barangan antik, tembaga, passport lama, pakaian, dan macam-macam lagi. Yang saya beli, jarum peniti roda RM0.90 padahal dekat pasar malam area rumah sendiri pun ada.





Habis tinjau, kami ke Rumah Kelahiran P. Ramlee pula. Sebenarnya Jalan P. Ramlee sebelah Lorong Kulit sahaja. Kena cross sungai - ada jambatan sebelah Medan Selera. Tapi kami ambil jalan jauh sebab tak tau jalan dan bila dah balik baru perasan jambatan betul-betul sebelah Medan Selera nak bakar kalori berlebihan masa sarapan tadi.

Menarik juga Rumah P. Ramlee ni. Ia di dalam kawasan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri. Ada larangan untuk ambil gambar di dalam rumah tetapi kami redah saja. Tak ada orang yang selia pun semasa lawatan, buatlah macam rumah sendiri.

Dekat dalam rumah, ada dipaparkan sejarah hidup P. Ramlee, barang peninggalan P. Ramlee beserta penerangan tentang barangan tersebut. Lagu-lagu P. Ramlee juga dimainkan. Barulah feel sikit.




Dari Lorong Kulit kami ke Camera Museum @ Georgetown, Lebuh Muntri.

Seperti Made in Penang Interactive Museum, museum ini juga dipilih berdasarkan review dari media sosial dan kawan-kawan. Bayaran masuk adalah RM20.00. Voucher untuk ke tempat-tempat tourist lain juga diberikan dengan setiap pembelian tiket. Ada kedai souvenir dan kafe di bahagian bawah. Di bahagian atas pula tempat pameran. Mereka sediakan guided tour jadi adalah orang yang akan ceritakan lebih lanjut tentang sejarah dan kegunaan kamera yang dipamerkan. 

Risau juga kalau ia membosankan macam Made in Penang Interactive 3D Museum tapi kami sangat enjoy dengan lawatan ke sini. Selain tour guide, pekerja-pekerja lain juga sangat ramah. Kami sempat bertanya tentang tempat-tempat menarik lain sekitar Georgetown kepada salah seorang pekerja muzium.














Sekarang ada offer di Groupon tiket berharga RM11.00 sahaja. Voucher boleh redeem sampai bulan Mei jadi siapa-siapa yang nak pergi Penang dan bercadang nak ke Camera Museum, pergilah jenguk Groupon. Kalau tak bercadang pun, ia memang recommended so, apa salahnya. Sangat berbaloi! 

Dari Camera Museum kami terus ke Pasar Chowrasta untuk menjenguk kedai buku. Dekat sinilah salah seorang daripada kami yang pakai tudung sari tu hampir lemas dalam lautan buku.



Keluar dari Pasar Chowrasta kami singgah di salah sebuah kedai yang menjual Jeruk Madu Pak Ali, dibeli untuk dimakan di hotel dan untuk diberi kepada keluarga dan kawan-kawan.


Selepas itu bermulalah misi mencari nasi kandar...

Post a Comment