20150306

Penang Trip X Hari Kedua - Cendol, Nasi Kandar, Street Art, dan Gurney Drive

Matahari semakin meninggi dan kami semakin lapar. Kami cuba mencari kedai nasi kandar berdekatan sebagaimana yang diceritakan di internet, malangnya, semua kedai nasi kandar yang disenaraikan tutup. Dalam kebingungan kami bersandar pada waze.

Sempat juga kami beli cendol di gerai Cendol Pulut betul-betul bersebelahan Pasar Chowrasta. Sangat manis dan lemak santannya.



Puas kami mencari, sampai tersesat-sesat. Akhir sekali kami pilih untuk ke Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell

Hasil daripada kehebatan Dayang baca peta, akhirnya kami tiba di Lebuh Campbell. Rasa nak sujud syukur bila nampak Restoran Hameediyah buka. Walaupun restoran penuh dan kami terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan meja, ternyata penantian berbaloi. Nasi briyani dan Limau Ais nya sangat sedap. Nampak ada murtabak rasa nak order tapi takut tak habis... kempunan.



Selepas makan tengahari kami ke Lebuh Armenian. Kami mencari tempat parking supaya dapat berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut untuk bergambar dengan Street Art.

Kami tidak ke semua mural, hanya beberapa yang berdekatan sahaja memandangkan cuaca panas dan kami pun sudah kepenatan.









Sebelah malam pula kami makan di Gurney Drive. Terkilan tak dapat rasa char kuey teow yang Dayang cakap sedap sebab kedai tutup. Kami order Pasembur Techno, char kuey teow dari gerai lain, dan satay. Cukuplah untuk mengenyangkan perut. 


Pasembur Padang Kota lagi sedap kot... :/
Post a Comment