20141110

Dalam runtuhan

Kelas tak berdinding. Satu meja, satu kerusi, dan library. Tiba-tiba datang bom, entah dari mana. Langit tak nampak tapi macam gelap. Jalan-jalan sampaikan berita, bagitau member "nampak tak tu, kena tembak" macam tengah perang tapi suasana tenang. Okay je... macam dah biasa, macam tak ada apa.

Masa tu lah mula jalan-jalan.

Nampak sorang lelaki jadi rebutan.
Semua tak tau, semua kena tipu.
Bertegur sapa dengan someone.
Entah siapa-siapa tapi macam dah kenal lama.
Rasa selamat dalam pelukan.
Abah, bukan orang lain, abah.
Kalih kiri, kalih kanan, ramai kawan-kawan.
Tak bertegur, tapi ada.

Jam 05:19 dikejut alam (bukan alarm).
Sifar notifikasi, insecurities gigit hati.
Post a Comment