20141112

26 di hujung minggu

Terima kasih untuk semua ucapan selamat dan doa, dan hadiah-hadiah. Ada dapat jam, ada belanja makan, ada bagi perfume, makeup (bukan niat asal tapi bolehlah dikira hadiah hari jadi), set lulur, ada kata nak bagi buku, baju dll... Semua best! Semoga kalian murah rezeki dan diberkati.

Tak biasa sebenarnya dapat hadiah sebab dari kecik jarang dapat hadiah. Bukan tradisi keluarga. Sebiji cheesecake dengan fondant muka Minnie Mouse dah cukup. Merasalah hadiah masa umur setahun, 10 tahun, 17 tahun, 22 tahun, dan mungkin bantuan duit deposit beli kereta boleh dikira hadiah 24 tahun. Tahun lain-lain tu kalau ada pun dari adik-adik angkat (geli).

Tapi dah kerja ni bolehlah belikan hadiah untuk diri sendiri. Beli smartphone (sebab smartphone lama dah rosak dari bulan dua) dan tiket secret show Yuna (InsyaAllah).

dari Instagram

Umur makin banyak, kematian mendekat, perangai budak-budak lagi, iman cetek lagi. Cepat marah dan terlalu ikut emosi. Kena ubah. Semalam terdengar rancangan pagi yang Ma suka tengok, ceramah tentang cepat marah. Marah kurangkan pahala kita. Orang yang cepat marah kurang berfikir. Orang yang banyak berfikir kurang marah, lambat marahnya, cepat sejuknya. Jadi banyakkan berfikir. 



ps: Banyak berfikir boleh elak sel otak mati.


Post a Comment