20141024

Asrama-Ra All Stars


Asramara mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah yang sedang menjalani kem kepimpinan di sekolah mereka sendiri, sambil diiringi oleh Cikgu Sabariah dan juga Cikgu Adam. Pada malam terakhir mereka di sana, dua orang pelajar perempuan, iaitu Suhaila dan Nabila mengalami histeria secara tiba tiba dan perkara menjadi semakin rumit apabila kejadian demi kejadian berlaku, dan Cikgu Adam dan Cikgu Sabariah juga terlibat dalam kejadian ini.(kakiseni)

Datang untuk Siti Saleha je sebenarnya. Tak baca pun sinopsis. Tak tau pun cerita. Tak maklum pun pasal sebenarnya last year ada AsramaRa tapi yang berlakon mostly students.

Seronok ke tidak? Seronok sangat. Dari mula collect tickets dah rasa suasana sekolah sebab krew pakai baju sekolah or jadi cikgu dengan name tag nya. Siap ada momen cinta monyet - "Jantung saya awak punya." - tergamam kakak.

Tak sangka lah best macam ni sekali cerita dia. Lakonan memang mantap. Suka sangat cara Dira berlakon. Menjadi bitchiness nya. Same goes to Intan Nor Saina. Tomboi habis. Sharifah Amani biasalah, watak dia sesuai dengan dia. Siti Saleha of course comel dan cantik. Susah juga nak komen satu-satu sebab semua best. Lawak memang lawak, ganas memang ganas, gaduh dan maki hamun pun real. Ada part-part yang bikin goosebumps. Teruja, kagum, seram pun iye jugak. Kalau ada lagi next year, nak tengok lagi.








Laili. Paling best :)
Ijan. Teringat Bunohan.
Cikgu Sabariah
Cikgu Adam
Post a Comment