20140628

The Stag and Hen Weekend - Mike Gayle


Kisah bachelor/bachelorette party seminggu sebelum majlis perkahwinan. Latar tempat, UK (perempuan) dan Amsterdam (lelaki). Banyak betul isu dan kejutan lebih-lebih lagi bila bakal pengantin perempuan terjumpa ex fiance dekat hotel tempat dia adakan bachelorette party. Bakal pengantin lelaki pula dapat tahu tentang perjumpaan tu daripada ex wife ex fiance bakal pengantin perempuan yang dia terjumpa dekat tempat dia adakan bachelor party. Biasalah, time dah nak dekat tu yang dugaan banyak ye tak (based on pengalaman kawan-kawan je) ? 

Kita boleh decide sama ada nak baca cerita side bakal pengantin lelaki dulu atau bakal pengantin perempuan. Aku pilih baca side perempuan dulu sebab kebetulan bukak buku dari side perempuan.

Bila habis side perempuan tu, cerita dia agak tergantung juga sebenarnya. Aku expect, bila baca side lelaki nanti tau lah the whole story... In a way, memang kita akan finally dapat link kan every issue dalam side first yang kita baca dari cerita dalam side second so, akan banyaklah momen "ooohhh." masa baca tu sebab baru faham kenapa benda boleh jadi macam tu. Bak kata pepatah, there's two sides to every story.

Settle baca both sides, aku rasa geram. Apa yang jadi adalah, aku tak tau in the end diorang kahwin ke tak. Cerita ni memang pasal that weekend je. At the same time, aku choose bakal pengantin lelaki. Dua-dua ada buat salah sebenarnya sepanjang hujung minggu tu tapi aku tak rasa si perempuan sayang si lelaki betul-betul. Ending yang aku hendak, lelaki tu tak balik UK dan stay dekat Amsterdam, he deserves better!

Post a Comment