20140724

Paper Towns - John Green


Di Orlando, Quentin berjiran dengan Margo. Diorang agak rapat masa kecik-kecik tapi bila dah besar terpisah. Lebih-lebih lagi bila dekat high school diorang dalam hierarki yang berbeza. Margo popular, Quentin tak ada apa dan sentiasa bertiga dengan Radar dan Ben, best friend dia.

Kisahnya, tiba-tiba Margo ajak Quentin jadi side kick dia dalam beberapa prank selepas dapat tahu boyfriend Margo, Jase, ada skandal dengan best friend Margo, Becca. Quentin rasa seronok dan berharap selepas malam itu, dia akan kembali rapat dengan Margo. Malangnya, Margo menghilangkan diri pada keesokan hari. Margo memang selalu lari rumah dan mak bapak dia pun dah tak kuasa nak layan. Quentin pula rasa bertanggungjawab untuk cari Margo bila terjumpa petunjuk yang ditinggalkan Margo untuknya tentang lokasi sebenar Margo.

Bermulalah pencarian Margo oleh Quentin dengan bantuan rakan-rakannya dan petunjuk-petunjuk yang ditinggalkan oleh Margo. Petunjuk dan pencarian seorang kawan perempuan - sedikit persamaan dengan Every You, Every Me tapi tak dark dan tak terlalu depressing. 

Ada masa-masa rasa macam tak percaya tengah baca pasal high school seniors. Perangai diorang (Q, Radar dan Ben) macam budak umur 15 tahun pun ada. Mungkin sebab lelaki lambat matang dan suka main-main. On the other hand Margo dan watak-watak perempuan lain (Lacey, best friend Margo yang end up jadi girlfriend Ben dan Angela, girlfriend Radar) nampak matang.

Pengajaran daripada cerita ni, kita kena terima kawan kita seadanya dan tak boleh expect diorang buat untuk kita apa yang kita buat untuk diorang. Kedua, kita takkan pernah dapat kenal seseorang tu as a whole. Ada sisi lain yang takkan ditunjukkan pada sesiapa. Mungkin kita nampak dia senyum sepanjang masa tapi dia sebenarnya tersiksa dengan hidup dia sekarang dan menginginkan hidup yang lain contohnya: Margo, gadis popular yang  sebenarnya seorang penyendiri.

And now life has become the future. Every moment of your life is lived for the future—you go to high school so you can go to college so you can get a good job so you can get a nice house so you can afford to send your kids to college so they can get a good job so they can get a nice house so they can afford to send their kids to college. - Margo







Post a Comment