20140715

Kita-kita

Tau-tau dah lebih separuh Ramadan. Minggu lepas, berbuka puasa bersama-sama dekat Roost. Roost sebab mudah, walaupun hari biasa bulan biasa pun selalu je pergi. Masa yang limited digunakan sebaik-baiknya, selepas dah berapa lama tak jumpa; untuk update apa-apa yang patut. Best rupa-rupanya gelak-gelak dengan kawan-kawan, banyak rupa-rupanya yang berlaku tapi kita tak tahu. Tak sangka dah nak tua. Lagi empat tahun kita semua masuk tiga puluhan. Tuanya. Ada yang berpuasa pertama kali as husband and wife, expecting lagi tu, ada yang terakhir kali jadi tunangan, bakal nikah, ada yang pertama kali di Johor selepas bertahun di perantauan. Seronok dan bahagia.
Post a Comment