20140723

Bakar-Bakar & Steamboat Grill House @ UDA Business Centre

Satu-satunya buffet dinner untuk bulan puasa tahun ni adalah di Bakar-Bakar & Steamboat Grill House. Menyelit di antara pekerja-pekerja firm lain. Lebih kurang dengan tempat-tempat macam Kapten dan Seoul Garden. 

Yang paling aku suka, desserts dan kuih-muih. mini carrot cupcake with cheese topping, kuih koci, custard puff, kuih bakar, seri muka dan popiah sangat sedap. Aku suka juga sebab ada cherry tomatoes. Adalah dalam 20 biji aku makan. Sedap dan manis-manis. Selain itu ada aiskrim dan apam polkadot. 

 Bersih dan selesa. Tempat sembahyang pun ada, satu di dalam restoran dan satu di khemah luar sebelah tempat kambing golek; sesuai sangat untuk berbuka puasa. 


Bakar-Bakar & Steamboat Grill House terletak di No.1, 1-01 Jalan Padi Emas 1/5, UDA Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru bertentangan dengan Wadihana Islamic Steakhouse. Info lanjut di Facebook.

Sempena Ramadan, RM35.00/pax (adult) RM15.00/pax (kids) untuk buffet dan RM15.00/pax untuk kambing golek. Ada masa beberapa hari lagi untuk pergi tapi pastikan booking awal-awal. No. Tel: 017-7842210/ 012-7105549
Post a Comment