20140726

Buka Berdua

Tahun lepas sangat jarang dapat berbuka sama-sama sebab dia pergi menjual dekat Angsana. Tahun ni, jarang juga sebab dia dah tukar kerja dan selalu kena stay back/ ada majlis dengan firm lain. Tapi oklah. Takkanlah hari-hari nak jumpa? 

Takkanlah taknak.

ps Bigfood's Creamy Salted Egg Pasta Beef (also available at Grafa) terbaik!

Bigfood
Seafood Marinara
Creamy Salted Egg Pasta Beef *recommended*
Sushi King

20140724

Paper Towns - John Green


Di Orlando, Quentin berjiran dengan Margo. Diorang agak rapat masa kecik-kecik tapi bila dah besar terpisah. Lebih-lebih lagi bila dekat high school diorang dalam hierarki yang berbeza. Margo popular, Quentin tak ada apa dan sentiasa bertiga dengan Radar dan Ben, best friend dia.

Kisahnya, tiba-tiba Margo ajak Quentin jadi side kick dia dalam beberapa prank selepas dapat tahu boyfriend Margo, Jase, ada skandal dengan best friend Margo, Becca. Quentin rasa seronok dan berharap selepas malam itu, dia akan kembali rapat dengan Margo. Malangnya, Margo menghilangkan diri pada keesokan hari. Margo memang selalu lari rumah dan mak bapak dia pun dah tak kuasa nak layan. Quentin pula rasa bertanggungjawab untuk cari Margo bila terjumpa petunjuk yang ditinggalkan Margo untuknya tentang lokasi sebenar Margo.

Bermulalah pencarian Margo oleh Quentin dengan bantuan rakan-rakannya dan petunjuk-petunjuk yang ditinggalkan oleh Margo. Petunjuk dan pencarian seorang kawan perempuan - sedikit persamaan dengan Every You, Every Me tapi tak dark dan tak terlalu depressing. 

Ada masa-masa rasa macam tak percaya tengah baca pasal high school seniors. Perangai diorang (Q, Radar dan Ben) macam budak umur 15 tahun pun ada. Mungkin sebab lelaki lambat matang dan suka main-main. On the other hand Margo dan watak-watak perempuan lain (Lacey, best friend Margo yang end up jadi girlfriend Ben dan Angela, girlfriend Radar) nampak matang.

Pengajaran daripada cerita ni, kita kena terima kawan kita seadanya dan tak boleh expect diorang buat untuk kita apa yang kita buat untuk diorang. Kedua, kita takkan pernah dapat kenal seseorang tu as a whole. Ada sisi lain yang takkan ditunjukkan pada sesiapa. Mungkin kita nampak dia senyum sepanjang masa tapi dia sebenarnya tersiksa dengan hidup dia sekarang dan menginginkan hidup yang lain contohnya: Margo, gadis popular yang  sebenarnya seorang penyendiri.

And now life has become the future. Every moment of your life is lived for the future—you go to high school so you can go to college so you can get a good job so you can get a nice house so you can afford to send your kids to college so they can get a good job so they can get a nice house so they can afford to send their kids to college. - Margo







20140723

Bakar-Bakar & Steamboat Grill House @ UDA Business Centre

Satu-satunya buffet dinner untuk bulan puasa tahun ni adalah di Bakar-Bakar & Steamboat Grill House. Menyelit di antara pekerja-pekerja firm lain. Lebih kurang dengan tempat-tempat macam Kapten dan Seoul Garden. 

Yang paling aku suka, desserts dan kuih-muih. mini carrot cupcake with cheese topping, kuih koci, custard puff, kuih bakar, seri muka dan popiah sangat sedap. Aku suka juga sebab ada cherry tomatoes. Adalah dalam 20 biji aku makan. Sedap dan manis-manis. Selain itu ada aiskrim dan apam polkadot. 

 Bersih dan selesa. Tempat sembahyang pun ada, satu di dalam restoran dan satu di khemah luar sebelah tempat kambing golek; sesuai sangat untuk berbuka puasa. 


Bakar-Bakar & Steamboat Grill House terletak di No.1, 1-01 Jalan Padi Emas 1/5, UDA Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru bertentangan dengan Wadihana Islamic Steakhouse. Info lanjut di Facebook.

Sempena Ramadan, RM35.00/pax (adult) RM15.00/pax (kids) untuk buffet dan RM15.00/pax untuk kambing golek. Ada masa beberapa hari lagi untuk pergi tapi pastikan booking awal-awal. No. Tel: 017-7842210/ 012-7105549

20140721

Dunia hari ini

Malas lah nak layan benda remeh. Perlu ke kita buang sesuatu yang sangat berharga untuk seseorang yang tak ada makna pun dalam hidup kita? Baik kita fikir masalah orang lain yang lagi besar.

Tengok twitter pun bersepah cerita pagi petang siang malam. Yang mana kena tembak, kena bom. Yang mana kena tindas. Yang mana hilang semua sekelip mata.

Masalah kita masalah hati dan nafsu je. Cukup makan pakai. Hidup agak aman damai. 

Dunia dah penuh dengan amarah dan benci. Terlebih banyak hasad dengki daripada cinta. Diorang tak tau ke love makes the world go round? Mungkin diorang tak faham. Mungkin diorang tak tengok The Powerpuff Girls.



Dah lah okay? Dah. Marilah kita berkasih sayang.

20140717

Attachments - Rainbow Rowell

(French cover) Attachement : (emotional) attachment; fondness


Lincoln merupakan seorang IT security di sebuah syarikat penerbitan surat khabar. Tugas dia, baca semua e-mel yang masuk filter folder dan bagi warning pada sesiapa yang guna e-mel kerja untuk tujuan peribadi. E-mel yang paling kerap masuk dalam folder adalah kepunyaan Beth dan Jennifer, best friends. 

Beth, seorang movie reviewer yang sedang menjalinkan long term relationship dengan seorang gitaris band tempatan, Chris. Jennifer pula, sudah berkahwin tapi belum ada anak sebab dia rasa dia tak bersedia walaupun suami dia, Mitch, sangat inginkan anak.

Kisahnya, lepas Lincoln asyik baca perbualan Beth dan Jennifer, dia terjatuh cinta dekat Beth. Semua ini berlaku hanya melalui e-mel, tak pernah bersua muka lagi memandangkan Lincoln kerja night shift, Beth pula kerja pada waktu pejabat normal.

Beth memang witty dan kelakar. Perbualan e-mel antara Beth dan Jennifer memang seronok dibaca. Rasa macam kita berbual merepek-repek dengan kawan-kawan. Perempuan, benda kecik yang tak relevan (bagi lelaki) pun rasa perlu bagitau kawan.

Lincoln, sebelum ada sebarang gambaran fizikal, nampak macam seorang nerd, loser, pale complexion, quite lanky and very unattractive. Dah hampir sepuluh tahun break dengan highschool girlfriend , Sam, masih belum move on dan kehidupan dia sangat bland dan membosankan. Setiap minggu lepak dengan kawan-kawan yang digambarkan macam nerd, main Dungeons & Dragons. Rupa-rupanya, aku silap. Dia tinggi, berbadan besar, sesuai jadi american football player. Maybe lepas break up tu hidup dia terus nampak lame. Maybe he was a fun guy before Sam. Lincoln memang agak pathetic. 

Dan ini kisah cinta orang-orang late 20s - 30s. Aku lagi suka baca cerita cinta budak-budak sekolah. So young, so fresh. Cinta orang tua ni depressing. Risau pasal boyfriend tak propose, tunggu sepuluh tahun, expecting a proposal end up kena dump (Nauzubillah). Risau pasal pregnancy/ being a mom, keguguran. I am in my late 20s so, dah masak sangat dengan benda-benda tu. Kalau tak masalah sendiri, masalah kawan-kawan. 

So overall, aku suka cerita dia, idea dia, jatuh cinta sebelum pandang pertama, very interesting, but I didn't fell in love with the characters. I need to read a book that can take me away from my reality. Not this. If only it's written in a different setting, with younger characters.

20140715

Kita-kita

Tau-tau dah lebih separuh Ramadan. Minggu lepas, berbuka puasa bersama-sama dekat Roost. Roost sebab mudah, walaupun hari biasa bulan biasa pun selalu je pergi. Masa yang limited digunakan sebaik-baiknya, selepas dah berapa lama tak jumpa; untuk update apa-apa yang patut. Best rupa-rupanya gelak-gelak dengan kawan-kawan, banyak rupa-rupanya yang berlaku tapi kita tak tahu. Tak sangka dah nak tua. Lagi empat tahun kita semua masuk tiga puluhan. Tuanya. Ada yang berpuasa pertama kali as husband and wife, expecting lagi tu, ada yang terakhir kali jadi tunangan, bakal nikah, ada yang pertama kali di Johor selepas bertahun di perantauan. Seronok dan bahagia.