20140619

Terlebih kerja

Bila daripada lima orang tinggal tiga orang termasuk seorang yang ada macam tak ada je sebab selalu ambil cuti sakit... Berlambak pula kerja. Baru dua bulan lepas cerita tak ada kerja.

Ada yang baik dan tak baik tentang penambahan beban kerja secara mendadak ni. Salah satu yang tak baik adalah kekurangan sendiri dari segi skill multi-tasking dan prioritizing menyebabkan otak agak serabut dan kerja dalam blur dan kegelabahan. Kedua, habis minyak dan tenaga setiap hujung minggu pergi kerja lebih masa. Ke arah Nusajaya weyh. Jauh.

Kelebihannya, dapat cuba memperbaiki kelemahan sendiri dan, claim boleh dikatakan banyak jugalah. Lebih berfaedah daripada duduk rumah dan tak buat apa.

Aku harap cepat-cepatlah ada orang yang sudi bekerja dekat firm ni menggantikan dua orang yang dah berhenti. Aku dah tahap confuse dengan sepuluh benda nak uruskan dalam satu masa. Aku bukan star woih aku picisan je mana larat nak buat benda-benda ni.


Siapa-siapa berminat untuk menjadi peguam conveyancing, gaji sederhana, workload sederhana, waktu kerja Isnin sampai Jumaat, 9.00 pagi hingga 6.00 petang, boleh balik on time, parking dibayar, pejabat dekat bandar satu bangunan dengan shopping mall dan berdekatan dengan shopping mall lain, boleh claim kalau datang office buat kerja pada bukan hari bekerja, dan claim-claim biasa seperti pergi court, pergi signing dan pergi pejabat tanah dll. Tapi nama firm tak boleh letak sini.

Ha ha ha.
Post a Comment