20140611

PECAH - Khairulnizam Bakeri


Sekali nampak macam rompakan biasa, penyangak biasa. Sekali baca, tak boleh stop, rupanya luar biasa. Sedikit sebanyak ubat hati kecewa lepas baca Kougar tempoh hari.

Seronok baca tentang jenayah sebab tengah syok main game Criminal Case dekat Facebook. Selain tu, cerita ni buat teringat dekat Ocean's Eleven. Penjenayah memang gila, dendam pula boleh buat seseorang jadi penjenayah.

Penulis pandai kaitkan semua watak. Tak nampak macam terburu-buru, tak nampak macam tangkap muat. Cantik jalan cerita dia. Bila baca, rasa ingin tahu meluap-luap sebab banyak persoalan kenapa watak ini buat begini dan watak itu buat begitu yang akhirnya dijelaskan dengan baik oleh penulis.

Nak cari movie pulak, teringin nak tahu macammana Pecah diterjemahkan jadi gambar bergerak.
Post a Comment