20140606

KOUGAR - Shaz Johar


Perempuan separuh usia yang berminat kepada lelaki muda. Cougar. Kulit buku provokatif dan menarik minat untuk baca walaupun bukan pengumpul/pembaca tegar novel FIXI. Sayangnya, rasa macam cerita terlalu mendatar buat rasa tak puas dan sakit hati sendiri. Tertahan-tahan rasa nak puas tu. Terlalu banyak benda yang perlu penjelasan tak dijelaskan. Banyak juga penjelasan yang tak perlu.

Dah ada expectation based on cerpen Shaz Johar dalam salah satu antologi yang pernah dibaca (which is one of my favourites; ingat cerita pasal apa tapi tak ingat tajuknya).  Aku jangkakan cerita yang lebih hidup dan liar. Ya ada gambaran kehidupan bebas bersosial tapi bukan sepenuhnya seorang cougar.

Realiti tentang perkahwinan pilihan ibu bapa. Restu ada. Kita harap kahwin dengan restu ni bawa bahagia lah kan. Tapi kalau sebenarnya pilihan ibu bapa tu tak guna? Suami pukul isteri, isteri ada lelaki simpanan? Salah siapa... Hakikatnya perkahwinan dengan restu ibu bapa tu untuk bahagiakan ibu bapa, tak semestinya diri sendiri bahagia (di dunia).
Post a Comment