20140620

For One More Day - Mitch Albom


Seorang lelaki dalam keadaan tidak sedar kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya melalui sehari bersama (roh) ibunya sambil muhasabah diri.

Aku paling suka part dia cakap pasal masakan mak. Masakan mak, tak kira seberapa biasa pun masakan tu, contoh: ayam kari; kalau mak yang masak mesti rasa lagi best. Aku suka sangat mak aku goreng ikan bilis garing-garing letak bawang, lada dan kicap. Sangat sedap, tiada bandingan. Kalau masak sendiri tak sama.

Apa yang penulis ceritakan dalam buku ni memang, mengena. Anak-anak kadang-kadang tak adil antara mak dengan bapak sendiri. Mesti nak lebihkan salah seorang. Dan akhirnya, menyakitkan hati salah seorang yang lain. Anak-anak pula degil. Masa kena bebel memang taknak dengar. Dah lama-lama, baru sedar apa yang dibebelkan tu betul. Lepas tu menyesal.

Apa yang aku sedikit confused, ending dia. Rasa tak puas hati kenapa narrator pada permulaan cerita adalah... anak perempuan lelaki tu. Aku tak dapat bayangkan sebenarnya sebab mindset, narrator tu lelaki dan orang lain, bukan yang berkait dengan watak utama.

Post a Comment