20140626

Dapur Ketumbar @ Adda Heights

Juga dikenali dengan nama Dapur Ketumbarz Cafe. Kedai dihias ringkas dan menu pelbagai, mostly masakan panas dan western food. 

We had Mushroom Soup. Served with french baguette. Sup sedap dan berkrim. Bolognese pasta dengan meatball sedap juga, cuma kalau tak berapa suka masam, tak recommend this dish. 

Fish and chips murah - RM10.00 je lengkap dengan tartar sauce. Selain tu ada lamb shoulder with pasta dan chicken chop. Semua sekali served dengan fries (chips), baked beans dan fruit salad. Tak berapa minat dengan coleslaw so, suka the fact yang dia ganti dengan fruit salad. Fries dia pun sedap, crispy. Kalau lapar tak recommend chicken chop sebab portion kecik, so better order grilled chicken chop yang siap ada pasta.

Overall, harga sangat berpatutan dan makanan pun quite good. Servis slow sikit kot tapi oklah sebab kedai selesa.








Dapur Ketumbar terletak di deret kedai Adda Heights bersebelahan dengan Restoran Sayed (akan dibuka) dan JB Chicken Chop. Lain-lain info di Facebook.
Post a Comment