20140623

CEO [2014]


Macam mana nasib dua orang boleh bertukar dalam satu siang. Adam yang kaya jadi miskin. Sufian Abas yang tak berapa senang jadi kaya. Semua sebab hasad dengki manusia lain yang sanggup buat apa sahaja untuk terus kaya dan berkuasa.

Banyak pengajaran yang kita boleh dapat daripada cerita ni, tapi aku rasa paling utama, jangan berlagak dan pandang rendah dekat orang lain bila dekat atas sebab bila-bila masa orang yang lebih atas boleh jatuhkan kita. Bila dulu susah, sekarang senang, terus stay grounded dan kongsilah kesenangan dengan kawan-kawan yang sama-sama susah dulu.

Let's be honest though, siapa je yang tengok movie sebab hendakkan pengajaran? Mestilah hendak rasa terhibur.

Dengan cerita ni, rasa 50/50. Tak adalah terhibur sangat. Banyak part kelakar tapi, tak konsisten. Kejap-kejap best, kejap-kejap bosan. Fikir sangat kot. Ini bukan sains fiksyen atau cerita magik jadi, mestilah fikir logik tapi masalahnya ada yang tak berapa logik.

Yang menghiburkan antaranya, Fatimah Ali, Owner kedai nasi campur, Scene main lift dalam rumah, Pak Guard, scene Sufian Abas jadi DJ dekat office, Deanna Yusoff  (Zara), Aloy (Anas) dan scene mamak & busking, Remy Ishak (Adam) yang kuat drama, nama watak Beto tu sendiri (Sufian Abas), Brother jual kasut.

Satu daripada beberapa benda yang betul-betul menganggu adalah scene Sufian dan Nina stay back kat office sampai pagi-pagi buta. Sufian kata nak siapkan kerja sebab esok ada presentation. Esoknya, tak ada presentation pun. Melepak dekat rumah Aloy je lepas keluar dari lokap. Nina pun tak pergi kerja (tak pakai office attire), pergi pick up Sufian dengan Adam dekat lokap.

Hmm. Banyak sangat fikir kot benda tu tak major pun tapi... Okay lah. ***

ps: Quotes dalam gambar bawah ni kelakar weyh. Semua dari scenes favourite.


Post a Comment