20140609

Big Bad Wolf Johor Sale 2014


Selepas berdrama untuk ke Big Bad Wolf Sale pada hari ketiga jualan (seterusnya misi gagal), berjaya pergi dua kali pada minggu seterusnya. Dua-dua kali pergi lepas kerja. Kali pertama pergi masa baru gaji. Banyak lah buku dibeli. Kali kedua pergi hanya untuk The Hunger Games jadi keluarkan duit tepat-tepat RM50.00 (untuk kos buku dan parking) dan tak beli buku lain walaupun kepingin.

Disebabkan dua-dua kali pergi tu seorang diri, baru tahu Danga City Mall tu sekangkang kera je dengan City Square Johor Bahru. Dekat sangat, jalan kaki sampai - tapi lencun lah baju.

Sambung pasal buku - satu pertiga perbelanjaan habis untuk buku bayi (baby bath books). Sangat comel dan stok untuk bagi anak-anak kawan-kawan. Masa beli The Hunger Games tu tinggal empat, lima set sahaja. Laris betul. Siapa taknak buku murah yang best ye tak? Buku Mitch Albom beli sebab murah. RM3.00. Dah habis baca pun dan sangat underpriced rupa-rupanya sebab terlampau hebat cerita dia. Padanlah ramai suka. Tak pernah baca apa-apa tulisan Mitch Albom sebelum ni cuma pernah tonton Tuesdays With Morrie masa dulu-dulu. Dah lama dah cerita tu mesti bukunya pun dah lama. The Stag and Hen Weekend beli sebab pernah baca dan suka tulisan Mike Gayle. Room dan How We Met beli sebab judge the books by its cover. Inspector Singh Investigates pula beli sebab pernah baca review yang baik tentang buku-buku dari siri tu.

Kesimpulannya, puas hati dengan pembelian kali ini dan teruja nak tunggu buku-buku dari mphonline.com sampai pejabat. Teruja juga nak jumpa Ira untuk buku-buku yang ada pada dia.

Hidup dengan buku adalah hidup yang penuh keterujaan siapa kata membaca itu membosankan? Orang yang tak suka membaca.
Post a Comment