20140628

The Stag and Hen Weekend - Mike Gayle


Kisah bachelor/bachelorette party seminggu sebelum majlis perkahwinan. Latar tempat, UK (perempuan) dan Amsterdam (lelaki). Banyak betul isu dan kejutan lebih-lebih lagi bila bakal pengantin perempuan terjumpa ex fiance dekat hotel tempat dia adakan bachelorette party. Bakal pengantin lelaki pula dapat tahu tentang perjumpaan tu daripada ex wife ex fiance bakal pengantin perempuan yang dia terjumpa dekat tempat dia adakan bachelor party. Biasalah, time dah nak dekat tu yang dugaan banyak ye tak (based on pengalaman kawan-kawan je) ? 

Kita boleh decide sama ada nak baca cerita side bakal pengantin lelaki dulu atau bakal pengantin perempuan. Aku pilih baca side perempuan dulu sebab kebetulan bukak buku dari side perempuan.

Bila habis side perempuan tu, cerita dia agak tergantung juga sebenarnya. Aku expect, bila baca side lelaki nanti tau lah the whole story... In a way, memang kita akan finally dapat link kan every issue dalam side first yang kita baca dari cerita dalam side second so, akan banyaklah momen "ooohhh." masa baca tu sebab baru faham kenapa benda boleh jadi macam tu. Bak kata pepatah, there's two sides to every story.

Settle baca both sides, aku rasa geram. Apa yang jadi adalah, aku tak tau in the end diorang kahwin ke tak. Cerita ni memang pasal that weekend je. At the same time, aku choose bakal pengantin lelaki. Dua-dua ada buat salah sebenarnya sepanjang hujung minggu tu tapi aku tak rasa si perempuan sayang si lelaki betul-betul. Ending yang aku hendak, lelaki tu tak balik UK dan stay dekat Amsterdam, he deserves better!

20140626

Dapur Ketumbar @ Adda Heights

Juga dikenali dengan nama Dapur Ketumbarz Cafe. Kedai dihias ringkas dan menu pelbagai, mostly masakan panas dan western food. 

We had Mushroom Soup. Served with french baguette. Sup sedap dan berkrim. Bolognese pasta dengan meatball sedap juga, cuma kalau tak berapa suka masam, tak recommend this dish. 

Fish and chips murah - RM10.00 je lengkap dengan tartar sauce. Selain tu ada lamb shoulder with pasta dan chicken chop. Semua sekali served dengan fries (chips), baked beans dan fruit salad. Tak berapa minat dengan coleslaw so, suka the fact yang dia ganti dengan fruit salad. Fries dia pun sedap, crispy. Kalau lapar tak recommend chicken chop sebab portion kecik, so better order grilled chicken chop yang siap ada pasta.

Overall, harga sangat berpatutan dan makanan pun quite good. Servis slow sikit kot tapi oklah sebab kedai selesa.








Dapur Ketumbar terletak di deret kedai Adda Heights bersebelahan dengan Restoran Sayed (akan dibuka) dan JB Chicken Chop. Lain-lain info di Facebook.

20140624

Analyzed III

2010 - Analyzed
2012 - Analyzed II

Your view on yourself: 

Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.


The type of girlfriend/boyfriend you are looking for: 

You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true. 


Your readiness to commit to a relationship: 

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person. 


The seriousness of your love: 

Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates. 


Your views on education:  

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can. 


The right job for you: 

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life. 


How do you view success: 

Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working. 


What are you most afraid of: 

You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel. 


Who is your true self: 

You like privacy very much because you enjoy spending time with your own thoughts. You like to disappear when you cannot find solutions to your own problems, but you would feel better if you learned to share your thoughts with a person you trust.

20140623

CEO [2014]


Macam mana nasib dua orang boleh bertukar dalam satu siang. Adam yang kaya jadi miskin. Sufian Abas yang tak berapa senang jadi kaya. Semua sebab hasad dengki manusia lain yang sanggup buat apa sahaja untuk terus kaya dan berkuasa.

Banyak pengajaran yang kita boleh dapat daripada cerita ni, tapi aku rasa paling utama, jangan berlagak dan pandang rendah dekat orang lain bila dekat atas sebab bila-bila masa orang yang lebih atas boleh jatuhkan kita. Bila dulu susah, sekarang senang, terus stay grounded dan kongsilah kesenangan dengan kawan-kawan yang sama-sama susah dulu.

Let's be honest though, siapa je yang tengok movie sebab hendakkan pengajaran? Mestilah hendak rasa terhibur.

Dengan cerita ni, rasa 50/50. Tak adalah terhibur sangat. Banyak part kelakar tapi, tak konsisten. Kejap-kejap best, kejap-kejap bosan. Fikir sangat kot. Ini bukan sains fiksyen atau cerita magik jadi, mestilah fikir logik tapi masalahnya ada yang tak berapa logik.

Yang menghiburkan antaranya, Fatimah Ali, Owner kedai nasi campur, Scene main lift dalam rumah, Pak Guard, scene Sufian Abas jadi DJ dekat office, Deanna Yusoff  (Zara), Aloy (Anas) dan scene mamak & busking, Remy Ishak (Adam) yang kuat drama, nama watak Beto tu sendiri (Sufian Abas), Brother jual kasut.

Satu daripada beberapa benda yang betul-betul menganggu adalah scene Sufian dan Nina stay back kat office sampai pagi-pagi buta. Sufian kata nak siapkan kerja sebab esok ada presentation. Esoknya, tak ada presentation pun. Melepak dekat rumah Aloy je lepas keluar dari lokap. Nina pun tak pergi kerja (tak pakai office attire), pergi pick up Sufian dengan Adam dekat lokap.

Hmm. Banyak sangat fikir kot benda tu tak major pun tapi... Okay lah. ***

ps: Quotes dalam gambar bawah ni kelakar weyh. Semua dari scenes favourite.


20140620

For One More Day - Mitch Albom


Seorang lelaki dalam keadaan tidak sedar kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya melalui sehari bersama (roh) ibunya sambil muhasabah diri.

Aku paling suka part dia cakap pasal masakan mak. Masakan mak, tak kira seberapa biasa pun masakan tu, contoh: ayam kari; kalau mak yang masak mesti rasa lagi best. Aku suka sangat mak aku goreng ikan bilis garing-garing letak bawang, lada dan kicap. Sangat sedap, tiada bandingan. Kalau masak sendiri tak sama.

Apa yang penulis ceritakan dalam buku ni memang, mengena. Anak-anak kadang-kadang tak adil antara mak dengan bapak sendiri. Mesti nak lebihkan salah seorang. Dan akhirnya, menyakitkan hati salah seorang yang lain. Anak-anak pula degil. Masa kena bebel memang taknak dengar. Dah lama-lama, baru sedar apa yang dibebelkan tu betul. Lepas tu menyesal.

Apa yang aku sedikit confused, ending dia. Rasa tak puas hati kenapa narrator pada permulaan cerita adalah... anak perempuan lelaki tu. Aku tak dapat bayangkan sebenarnya sebab mindset, narrator tu lelaki dan orang lain, bukan yang berkait dengan watak utama.

20140619

Terlebih kerja

Bila daripada lima orang tinggal tiga orang termasuk seorang yang ada macam tak ada je sebab selalu ambil cuti sakit... Berlambak pula kerja. Baru dua bulan lepas cerita tak ada kerja.

Ada yang baik dan tak baik tentang penambahan beban kerja secara mendadak ni. Salah satu yang tak baik adalah kekurangan sendiri dari segi skill multi-tasking dan prioritizing menyebabkan otak agak serabut dan kerja dalam blur dan kegelabahan. Kedua, habis minyak dan tenaga setiap hujung minggu pergi kerja lebih masa. Ke arah Nusajaya weyh. Jauh.

Kelebihannya, dapat cuba memperbaiki kelemahan sendiri dan, claim boleh dikatakan banyak jugalah. Lebih berfaedah daripada duduk rumah dan tak buat apa.

Aku harap cepat-cepatlah ada orang yang sudi bekerja dekat firm ni menggantikan dua orang yang dah berhenti. Aku dah tahap confuse dengan sepuluh benda nak uruskan dalam satu masa. Aku bukan star woih aku picisan je mana larat nak buat benda-benda ni.


Siapa-siapa berminat untuk menjadi peguam conveyancing, gaji sederhana, workload sederhana, waktu kerja Isnin sampai Jumaat, 9.00 pagi hingga 6.00 petang, boleh balik on time, parking dibayar, pejabat dekat bandar satu bangunan dengan shopping mall dan berdekatan dengan shopping mall lain, boleh claim kalau datang office buat kerja pada bukan hari bekerja, dan claim-claim biasa seperti pergi court, pergi signing dan pergi pejabat tanah dll. Tapi nama firm tak boleh letak sini.

Ha ha ha.

20140618

X-Men : Days of Future Past [2014]


X-Men ni okay je. Happy ending tapi nak lebih action lagi boleh tak? Tamak. Anyway, favourite character, Peter (Quicksilver). Scene paling best masa diorang on the way culik Erik (Magneto) daripada penjara. More of him in the next X-Men movie please!***


20140617

The Fault in Our Stars - John Green



The Fault in Our Stars is now a movie and I want to read the novel first before I watch the film.



Hazel, Augustus, Isaac, Monica. Peter. It was a very moving story, filled with sarcasm, ideas, theories, teenage stuff, love and life. Death is inevitable. The characters suffered from cancer but they don't attract pity nor they want to be pitied. They lived, despite their illness. Pain demands to be felt, the universe needs to be noticed, or is it individuals who want to be noticed by the universe?

It can be anybody's reality. Living, dying. Losing or leaving love ones, no matter how it happened, is a tragedy. But to be honest, I rather cry over ones death than seeing them leaving.



Even when you already know the ending, believe me, no harm done. It's not about how it ends but how the story goes. And John Green is definitely a good story teller.

I love this book.

Developed a liking towards John Green after I read the blurbs at the back of "An Abundance of Katherines". It was interesting. I looked around and saw his other novels. I'm the kind of person who will read every novel from the same author just because so, at that moment I quickly wrote in my notebook under the Book Wishlist page "everything by John Green". 
Five months til my birthday ;)

20140616

How To Train Your Dragon 2 [2014]


How To Train Your Dragon 2 is a really good sequel movie. Despicable Me 2 and Cloudy with a Chance of Meatballs 2 was kind of disappointing really but not HTTYD2. I love it so much.*****

  • There were dragons of many kinds. Contrary to popular belief, not all dragons breath fire, some breath ice!




  • Toothless is the cutest thing ever. And of course, those baby dragons. They are like the Vikings' version of men's best friend.





  • Finally we get to meet Hiccup's long lost mother, Valka the dragon rider, who was just as passionate about dragons as him. 






  • Stoick's reaction when he saw Valka for the first time in twenty years made me cry. 





  • Their family union was cut short by Stoick's death. Another heart-wrenching moment.




  • The awesome original Alpha dragon, Bewilderbeast.





  • Astrid's cool dragon race face.



  • Astrid and Hiccup are meant for each other. They should get married. Maybe in HTTYD3.





20140613

Pondok Santapan @ Larkin


Rambang mata dengan pelbagai pilihan sarapan. Rasa nak ambil semua sekali. Untuk elakkan pembaziran dan terlebih makan, order lempeng, roti jala dan laksa Johor sahaja. Sempat bungkuskan family lontong dan soto. Harga pun okay, sedap pun sedap, meriah ya juga sebab ramai yang makan dekat sini. Siap ada yang baru balik jogging terus sarap. Kalau tengok gambar dekat foursquare (klik)(klik) roti puri pun ada. Kepingin. Nanti nak try lagi bila ada masa.

20140611

PECAH - Khairulnizam Bakeri


Sekali nampak macam rompakan biasa, penyangak biasa. Sekali baca, tak boleh stop, rupanya luar biasa. Sedikit sebanyak ubat hati kecewa lepas baca Kougar tempoh hari.

Seronok baca tentang jenayah sebab tengah syok main game Criminal Case dekat Facebook. Selain tu, cerita ni buat teringat dekat Ocean's Eleven. Penjenayah memang gila, dendam pula boleh buat seseorang jadi penjenayah.

Penulis pandai kaitkan semua watak. Tak nampak macam terburu-buru, tak nampak macam tangkap muat. Cantik jalan cerita dia. Bila baca, rasa ingin tahu meluap-luap sebab banyak persoalan kenapa watak ini buat begini dan watak itu buat begitu yang akhirnya dijelaskan dengan baik oleh penulis.

Nak cari movie pulak, teringin nak tahu macammana Pecah diterjemahkan jadi gambar bergerak.

20140610

Constant



I know... but I'm tired. So many things to do. So little will to live. So few people who cares. So much things left unsaid. So... so-so.

20140609

Big Bad Wolf Johor Sale 2014


Selepas berdrama untuk ke Big Bad Wolf Sale pada hari ketiga jualan (seterusnya misi gagal), berjaya pergi dua kali pada minggu seterusnya. Dua-dua kali pergi lepas kerja. Kali pertama pergi masa baru gaji. Banyak lah buku dibeli. Kali kedua pergi hanya untuk The Hunger Games jadi keluarkan duit tepat-tepat RM50.00 (untuk kos buku dan parking) dan tak beli buku lain walaupun kepingin.

Disebabkan dua-dua kali pergi tu seorang diri, baru tahu Danga City Mall tu sekangkang kera je dengan City Square Johor Bahru. Dekat sangat, jalan kaki sampai - tapi lencun lah baju.

Sambung pasal buku - satu pertiga perbelanjaan habis untuk buku bayi (baby bath books). Sangat comel dan stok untuk bagi anak-anak kawan-kawan. Masa beli The Hunger Games tu tinggal empat, lima set sahaja. Laris betul. Siapa taknak buku murah yang best ye tak? Buku Mitch Albom beli sebab murah. RM3.00. Dah habis baca pun dan sangat underpriced rupa-rupanya sebab terlampau hebat cerita dia. Padanlah ramai suka. Tak pernah baca apa-apa tulisan Mitch Albom sebelum ni cuma pernah tonton Tuesdays With Morrie masa dulu-dulu. Dah lama dah cerita tu mesti bukunya pun dah lama. The Stag and Hen Weekend beli sebab pernah baca dan suka tulisan Mike Gayle. Room dan How We Met beli sebab judge the books by its cover. Inspector Singh Investigates pula beli sebab pernah baca review yang baik tentang buku-buku dari siri tu.

Kesimpulannya, puas hati dengan pembelian kali ini dan teruja nak tunggu buku-buku dari mphonline.com sampai pejabat. Teruja juga nak jumpa Ira untuk buku-buku yang ada pada dia.

Hidup dengan buku adalah hidup yang penuh keterujaan siapa kata membaca itu membosankan? Orang yang tak suka membaca.

20140606

KOUGAR - Shaz Johar


Perempuan separuh usia yang berminat kepada lelaki muda. Cougar. Kulit buku provokatif dan menarik minat untuk baca walaupun bukan pengumpul/pembaca tegar novel FIXI. Sayangnya, rasa macam cerita terlalu mendatar buat rasa tak puas dan sakit hati sendiri. Tertahan-tahan rasa nak puas tu. Terlalu banyak benda yang perlu penjelasan tak dijelaskan. Banyak juga penjelasan yang tak perlu.

Dah ada expectation based on cerpen Shaz Johar dalam salah satu antologi yang pernah dibaca (which is one of my favourites; ingat cerita pasal apa tapi tak ingat tajuknya).  Aku jangkakan cerita yang lebih hidup dan liar. Ya ada gambaran kehidupan bebas bersosial tapi bukan sepenuhnya seorang cougar.

Realiti tentang perkahwinan pilihan ibu bapa. Restu ada. Kita harap kahwin dengan restu ni bawa bahagia lah kan. Tapi kalau sebenarnya pilihan ibu bapa tu tak guna? Suami pukul isteri, isteri ada lelaki simpanan? Salah siapa... Hakikatnya perkahwinan dengan restu ibu bapa tu untuk bahagiakan ibu bapa, tak semestinya diri sendiri bahagia (di dunia).

20140605

Maleficent [2014]


Akhirnya selepas seminggu dapat juga tengok Maleficent, salah satu movie yang dinanti-nantikan tahun ni. I like it a lot tapi tak sampai tahap "love" tu lah. 97 minit rasa macam tak cukup. Tak puas, nak lagi. 

Things that I like about this movie:

1. Maleficent's cheek bones. Boleh potong tomato k. Nampak evil.


2. Baby Aurora a.k.a Vivienne Marcheline Jolie-Pitt yang sangat comel.
3. Diaval pun best juga. Macam lelaki misteri tetapi menarik.
4. Sangat lain daripada cerita asal. Refreshing.
5. Aurora's crown. Cantik!

Maleficent, satu lagi movie daripada banyak-banyak movie yang boleh dikaitkan dengan quote; "Hell hath no fury like a woman scorned." Pengajarannya, tak payah lah berdendam sebab hujung-hujung orang lain tak rugi, kita yang akan menyesal.***

20140604

Every Day - David Levithan



A was a wandering soul, literally. Everyday he/she wakes up in a different body. Everything was okay until he/she fell in love with a girl. Is it possible to have a relationship when you shape shift everyday?


The love-stricken A made a mistake once and exposed him/herself to others, others like him/her. This led him/her to the possibility of staying in one body for a longer period. How will that affect the real owner of the body? Will he/she do it for the sake of having an ordinary life and staying with the girl he/she loves?

After the first half of the novel, I feel like wanting to see a movie based on this book. It's similar to Time Traveler's Wife and with this kind of fiction, there's endless possibility. I start to wonder why A only travels to bodies around that area and not to a different continent and what will happen if he/she's older will it be weirder? The trick is to not think about logic. Just go with the flow.

Another slightly depressing young adult fiction by David Levithan. However, it ended with a nice note.

ps: A few days after finishing this book, I had a dream as if I was one of them who has been possessed by something/one like A.

20140603

HiShop - Antipodes Kiwi Seed Oil Eye Cream & Tokyo Love Soap



Pembelian pertama dekat HiShop (http://www.hishop.my/). Seronok sebab percuma dua sample produk dan hadiah lain ikut musim. Masa beli itu hari dapat bag macam bag sekolah bagi pada adik perempuan. Transaksi pun cepat dan boleh cash-on-delivery. Tak payah susah-susah nak guna kad kredit ke debit ke online banking ke.


Antipodes Kiwi Seed Oil Eye Cream

Mula-mula risau juga nak guna sebab ada perkataan "oil" tu. Takut ada milia seeds. Selepas sebulan, nampaknya tak ada kesan negatif. Krim yang tak berat, tak melekit, tak menyebabkan milia seeds, cooling dan sangat melembabkan kulit. Tapi, agak mahal, dalam botol (instead of tube) - tak hygenic, tak hilangkan lingkaran gelap dan garis halus bawah mata. So far, eye cream paling best pernah guna (pernah guna clinique, safi rania gold, garnier, b.liv/b.seen).

Tokyo Love Soap (Original)

Dari kali pertama guna memang nampak kulit mengelupas - which is exactly how it's supposed to work - so baguslah. Masalahnya, pada masa yang sama gatal-gatal dekat tangan dan kaki, macam kena gigit nyamuk. Jadi siapa yang kulit sensitif mungkin tak sesuai guna.

Untuk selamat, gunalah produk organik.







Two Free Samples

Boleh pilih sendiri ikut apa yang available. Pilih Antipodes day cream dengan b.liv off with those heads.

Tak try lagi pun tapi suka dapat samples.

(Yang Estee Lauder tu dapat dekat kaunter Estee Lauder.)