20140512

The Body Shop - Spa Wisdom Africa Ximenia & Salt Scrub


Salah satu barang best seller dekat The Body Shop. Kalau lalu depan kedai tau lah kan, sebab diorang ada susun-susun best sellers dekat display. Fikir punya fikir, buat keputusan untuk beli lebih-lebih lagi sebab customer service dekat TBS memang terbaik. RM115.00 tu kira mahal melampau sebab sebelum ni pakai scrub Indo mari harga RM10.00 je. Nak cuba punya pasal, pejam mata, bayar. 

Kata orang kat TBS, scrub ni selain menghilangkan kulit mati, dia membantu pengaliran darah sebab ada garam tu dan juga melembabkan kulit. Sesuai untuk orang yang berkulit kering.

Dari segi bau, bau shea butter ada manis-manis sikit. Sedap dan memang kegemaran. Dari segi tekstur pula, nampak lembut dan tak berapa kasar. Lagipun, yang kasar tu garam, bila dah di sapu dekat badan memang dia larut. Part ni memang tak berapa gemar lah. Rasa tak cukup scrubbed. Masa sapu, memang ada rasa panas sikit maybe tindak balas dari garam.

Bab melembabkan kulit pula, memang berkesan. Kulit kaki yang kering tahap biawak terus tak kering, hilang segala pecah tumit.

Kiranya. pembelian scrub ni memang berbaloi.
Post a Comment