20140507

[MOVED] Restoran Al-Hanin @ Larkin Idaman




Semenjak duduk dekat Johor Bahru secara full time dah lama tak pekena nasi arab yang best dan sedap serta memenuhi citarasa aku. Tapi itu semua berubah bila pada suatu hari yang lapar (ha?) kitorang ke Larkin Idaman dan singgah di Restoran Al Hanin.

Tukang masak memang daripada negara Arab. Palestin kot? Tak ingat tak pure orang sana. In fact, owner dan anak beranak owner pun dah belajar masak sikit-sikit bagi rasa makanan sama dengan tempat asal makanan. Menu dia lebih kurang menu kedai-kedai nasi arab yang lain.

Daging yang lembut, nasi yang sedap. And hari aku pergi tu dia kata tambah nasi free. Pakkal je dah kenyang. So, pilih untuk tambah salsa and sambal and sup je. Sebab free. Dahlah harga makanan memang sangat berpatutan dengan kualiti makanan, owner pemurah pulak tu. Wajar semua orang makan sini.

Restoran Al Hanin terletak di Larkin Idaman berdekatan dengan Stadium Larkin. Update 2015 - sudah berpindah ke Taman Nusa Bestari tetapi kedai nasi arab lain dibuka disini dengan nama Restoran Al Lazeez. Mula-mula ingatkan owner yang sama cuma tukar nama tetapi ada perbezaan dari segi hidangannya.
Post a Comment