20140526

Gantung - Nadia Khan


Intipati Gantung ada pada blurbs di kulit buku bahagian belakang. Cukup untuk bagitau yang ceritanya berkisar tentang persahabatan dan ada kekacauan yang akan berlaku. Tapi kalau tengok kulit orang dah boleh agak kot cerita dia seram.

Ada beberapa sebab saya suka Gantung.

1. Blurbs tak ada spoiler, unlike Kelabu yang bila baca dah nampak dah cerita dia macam mana.


2. Jalan cerita yang buat saya rasa ingin tahu dan taknak berhenti baca. Macam Pringles, once you pop you can't stop.

Puas elak daripada baca buku ni tapi akhirnya terpaksa memandangkan ada satu masa tu kena tunggu orang dan tak tau nak buat apa. Gantung je buku yang ada dalam kereta. End up, tak boleh berhenti baca daripada pukul tiga pagi sampailah buku terjatuh atas muka beberapa kali (ngantuk sangat).


3. Banyak plot twist dan bukan plot twist yang buat saya rasa menyampah.

Masa awal-awal I thought I've figured out the twist but a few chapters after there's another twist, and repeat. It keeps things interesting.


4. Ayat-ayat manis dan dialog kata hati watak yang kelakar.


5. Walaupun seram, banyak lagi elemen-elemen lain yang boleh kurangkan keseraman tu. Think Nang Nak - seram tapi romantik dan penuh kasih sayang.

Terpaksa tidur dengan lampu menyala sebab memang seram tahap goosebumps, takut nak bangun dari tilam.


6. Kemuncak cerita yang menyentuh perasaan. Terus teringat kawan-kawan dan mengharapkan persahabatan kitorang sampai ke syurga. Jiwang.


7. Epilog yang tak disangka-sangka dan tak cliche, another plot twist!


8. Macam-macam boleh dapat daripada buku ni. Cerita cinta ada, cerita seram pun ada, lawak sikit-sikit, tapi mostly friendship.


Kudos to Nadia Khan. Pada pendapat saya, lebih enjoyable daripada Kelabu. Harap-harap lepas ni ada lagi novel baru daripada Nadia Khan.
Post a Comment