20140421

Taknak komplen, tapi...

Kerja kurang sangat sekarang. Dah tiga minggu ea macam ni. Masuk pukul 9 pagi. Balik 6 petang. Ada sesetengah hari setakat jawab calls dan reply emails, fotostat dokumen sikit-sikit, faks itu ini. Habis kerja. Kalau boleh taknak lah sibuk sangat. Biasa-biasa sudahlah. Tapi janganlah banyak sangat masa terluang. Rasa tertekan tau duduk office tak ada kerja. Macam nak tertidur.

Nasib baik ada internet.

Mula-mula download buku pdf. Baca. Pening lah. Lagi suka baca buku kertas.

Lepas tu layan gosip dekat forum. Oklah. Satu sen tak keluar. Seronok pulak tu. 

Akhirnya bosan juga sebab tak banyak gosip baru, mula baca beauty blogs. Makup and skincare addiction phase... again


Yang ini bahaya. Bahaya untuk akaun bank dan kesihatan sendiri. Bahaya sebab tengahari tak sempat makan, sibuk tengok makeup dan skincare. Dekat office pulak, mabuk dengan lambakan kedai online jual barang makeup dan skincare.

Nampak tak masalah sekarang ni? Masalahnya duit tak cukup nak beli semua.
Post a Comment