20140413

Desaturasi Merah Jambu - Ladynoe


Sebenarnya kan semalam terpublish blog tajuk sahaja. Kah kah.

Baca tajuk buku dan subtajuk; begitulah aliran cerita dalam buku ini. Desaturasi merah jambu. Dari merah jambu ke kelabu ke hitam. Dari gembira ke suram ke kelam. Tapi sebenarnya dalam kelam tulah kita akan jumpa pencerahan.

Penceritaan ringkas, kisah seharian yang penuh maksud mendalam. Boleh bagi peringatan kepada semua dan buat kita berfikir. Membaca ni kadang-kadang untuk kita ambil pengajaran daripada hidup orang lain atau jadikan contoh.

Sesiapa yang suka baca blog Ladynoe pasti akan menghargai buku ini. Kalau orangnya macam aku lah, yang masih prefer buku untuk diselak-selak daripada scroll di skrin.

Aku sedih juga baca buku ni. Susah juga kalau kita ambil tahu pasal kisah peribadi orang yang kita tak kenal ni. Bila kita tahu cerita kita yang sayu. Melebih pulak kan padahal dia tak kenal pun kita. Biasalah, suka letak diri kat tempat orang dan rasa derita padahal perlu ke?

Aku suka sampai part kelabu je tapi. Part hitam tu... kureng kot? Tapi suka endingnya.

Beli di fixi.com.my
Post a Comment