20100520

Picnic @ Istana Garden

Last friday, (yeah i know so yesterday punya cerita ni) aku pergi picnic dengan Cukue, Cuen, Dbout, and Cubi dekat Istana Garden.

P04-06-10_15.31

Aku telah dengan sukarela nya masak drummets and tempura nuggets. Kinda amazing sebab kat rumah dah lama gila aku tak menggoreng. Nasib baik masak, means tak ada yang berdarah-darah tu semua.
Aku, Cukue, Cubi satu kereta. So kitaorang sampai paling awal. Nak cari spot lepak tu punyalah susah. Lima kali kot berpindah randah. Ada semut lah, panas lah, apa lah. Last-last settle. Duduk. Makan. nom nom nom.

Tiba Cuen, bawa tembikai sebiji! Adeh. Tak menahan minah ni. Tak tau nak cakap apa. Lepas tu tunggu lah si Dbout si pembawa air. Masing-masing kehausan sudah. Air yang Cuen bawa pun dah habis.

Tunggu punya tunggu, air hujan yang sampai dulu. Mencurah-curah siap dengan guruh petir bagai. Berlari-lari anak sambil bawak barang bapak berat (sebiji tembikai ya kawan-kawan) ke tempat teduh. Adalah dalam 50m.

IMG_0036KEBUN BUNGA J.B
Sudahnya, hujan stop kitaorang pun kemas barang. Nak gerak masa hujan takut kena sambar petir. Tiba-tiba Dbout call ke apa entah cakap dia baru nak gerak.

Dah almost 4 jam kat situ barulah si Dbout sampai. Alhamdulillah. Kisahnya dia tertinggal phone kat rumah. Haish. Dugaan. Tapi yang bagusnya, dia siap beli Spritzer sebagaimana pesanan aku dekat Facebook semalamnya. Wah! Kawan yang efisyen walaupun pelupa. Dia dapat duduk ja terus cari food. Lapar sungguh minah ni. Kepenatan barangkali ulang-alik kesana-sini uruskan hal family dulu baru berpicnic.

 IMG_0074
Dbout, Cubi, Cuku, Cuen 

Selesai semua urusan (read: gossip), kami pun bergerak pulang kepangkuan keluarga masing-masing sambil mengambil gambar di sepanjang perjalanan ke tempat parking. Masing-masing bawa kamera seorang sebiji. Malangnya kamera Cubi telah terkena sumpahan Istana gara-gara salah seorang dari ahli picnic telah membuat onar di tanah Istana (siapalah tu agaknya). Terus rosak memory card. Misteri nusantara sungguh. Apa-apa pun, we had joy we had fun we had season in the sun (and rain).
Post a Comment