20140219

Konspirasi Kucing

Mak, bapak dan anak kucing duduk di belakang dapur rumah tuan mereka dihadapan semangkuk biskut Friskies. Keadaan agak muram dan tak lively. Mereka dah bosan makan biskut dan ikan rebus. Lantas bapak mencadang, "Let's have some chicken!" Mereka bertiga bersorak gembira lalu membuat plan untuk fly dari rumah tuan diorang malam tu.

Serupa budak hostel dah.

Later that night, selepas berjalan lebih kurang 3-4km, mereka tiba di satu sudut bangunan yang ada kedai dengan maskot ayam peri-peri. 

Tiba-tiba terlihat abang kawasan datang. Ah gangster kampung tu. Kacau. Mujur manusia pun perasan dan segera menghalau. Dengan sekali tepukan di meja, abang kawasan menghilangkan diri.

Lalu terlihat kepingan-kepingan ayam bertaburan di cempak ke lantai. Bapak mengarah mak dan anak untuk ambil sambil menjaga persekitaran, kot-kot gangster kampung datang menyerang. Mak menolak dan mempelawa anak makan dulu. Biarlah aku lapar asal kau gembira, kata mak, Segera anak keluar dan mengambil habuannya. Tanpa disangka-sangka kepingan ayam di cempak lagi, kali ini bapaknya mendahulukan maknya pula. It's okay, our son and you needs it more - kata bapak pada mak. Maknya datang dengan teragak-agak disulami perasaan sayu, terharu dengan pengorbanan dan kasih sayang bapak.  

Mereka mengambil keputusan untuk beredar selepas merasa kemanisan ayam. Anak gembira yang teramat. Dapat juga makan benda lain selain biskut dengan ikan.

Bapak bertabah tapi masih lega dapat puaskan hati keluarga. Sedang mereka melangkah pergi tiba-tiba, kepingan ayam di cempak lagi. Mereka terkejut. Bapak offer ayam dekat mak dengan anak tapi dedua menolak and insist bapak makan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan keikhlasan bapak untuk menggembirakan hati anak dan mak, ada juga rezeki untuk dia. 

Syukur. 

Begitulah pengorbanan bapak dan mak.

So, yeah, Happy Birthday parents!
Post a Comment