20140212

Jar of Blessings 2013

Aku lupa pasal benda alah ni. Kau tulis perkara yang buat kau happy untuk tahun tu dan bila mula tahun depan, kau tengok balik to reflect on happy things. Tu pun aku baru teringat lepas dah habis January.

Ironinya, benda-benda happy tu buat aku sedih. Last aku tulis apa-apa adalah bulan lapan. Bulan yang end up jadi bulan paling tragik. Tak bermaksud tak ada apa-apa yang menggembirakan sepanjang bulan sembilan sampai dua belas. Banyak je. Pergi tengok Yuna, beli kereta, Ofee kahwin, Hasan kahwin, birthday celebration etc. Banyak. Cuma masa bulan lapan aku banyak sangat menangis sampai tahap kebahagiaan dah dikaburi dengan air mata. Aku lalui hidup penuh dengan benci dan dendam. Hati hitam, kotor, legam. Ha apa lagi? Semua lah yang tak best. Tahap benda best pun jadi tak best sebab satu benda yang tak best.

Hidup berbelit. Tak ada orang faham.

Sekarang nak mulakan Box of Blessings 2014. Box sebab aku guna kotak yang Ira bagi hadiah buku masa birthday itu hari. Harap konsisten dan harap kalau ada kecelakaan tak mempengaruhi kehidupan aku seterusnya.

Aku taknak hidup dalam gear reverse selama-lamanya.
Post a Comment