20140214

Artemis Fowl dan lain-lain


Siri buku yang mengisahkan tentang seorang criminal mastermind berumur 10 tahun terjumpa dengan pintu rahsia alam bawah tanah makhluk hikayat seperti elf, gnome, centaur dan demon. Kalau ikut kisah orang melayu, lebih kurang dia masuk dalam alam bunian.

Pada mulanya Artemis Fowl memang seorang penjenayah dan bermusuh dengan makhuk alam bawah tanah. Lama kelamaan, mereka berkawan dan sama-sama menyelamatkan dunia manusia dan dunia alam bawah tanah tersebut yang juga dikenali sebagai Haven dan penghuninya yang disebut sebagai the People.

Kisah seterusnya bacalah sendiri di wikipedia.

Cara penceritaan dia menarik untuk buat aku terus membaca dari buku pertama sampai ke buku kelapan, buku terakhir dalam siri Artemis Fowl. Mungkin juga aku memang minat dengan cerita alam fantasy yang diketengahkan oleh penulis, Eoin Colfer (disebut Owen Colfer).

Latar tempat di Ireland yang orang kata memang ada unsur magis menguatkan lagi kisah fiksyen remaja ini.

Sebenarnya aku agak sedih bila baca buku terakhir. Selain sebab cerita dia memang best, siri Artemis Fowl mengingatkan aku dengan Perpustakan SIGS.

Macam-macam buku aku baca masa zaman tingkatan enam dulu. Lagi-lagi masa lower six, masa cikgu-cikgu tak amek port pun pasal kitorang. Masa rasa weird pergi kantin semua orang pakai kain biru, lencana dan nametag kain tapi kau je kain coklat, nametag plastik warna kuning, lencana besi. Sebab tak ramai kawan dan belum berkenalan dengan bebudak tingkatan enam dari sekolah lain, aku banyak habiskan masa dekat library.

Selain Artemis Fowl, yang buku nombor satu sampai empat aku jumpa dekat library sekolah, High Society - Ben Elton dan Best of Friends - Cathy Kelly antara buku yang aku suka dan aku jumpa dekat sana. Library tu jadi titik permulaan jatuh cinta semula pada hobi lama iaitu membaca. Kalau nak diikutkan dari kecik Ma dah pupuk minat membaca. Semua buku Beatrix Potter aku ada, tapi tulah, bila meningkat remaja banyak masa dihabiskan dengan televisyen, internet dan telefon.

Masa mula-mula masuk universiti pun aku dah kurang membaca. Mujur jumpa dengan kawan-kawan yang ada minat yang sama. So, aku harap aku akan terus membaca dan lebih banyak membaca bahan ilmiah di masa hadapan.
Post a Comment