20140228

Pencerahan

Bermula dengan satu soalan merepek, kupas punya kupas, bincang, bidas, akhirnya benda jadi munasabah dan crystal clear.

Ye, aku rindu nak berbual entah apa-apa tanpa limitasi.

Sedih phone rosak. Aku sayang phone tu tapi nak buat camane, dah nak rosak.

Phone aku sekarang tak ada whatsapp tak ada BBM.

Harini gaji. Tengoklah kalau terbukak hati.

20140226

Re: Tangerine & Nikotin - Mimi Morticia

Kalau baca Mimi Morticia, Sufian Abas, kalau nampak Pipi, cepat-cepat aku teringat kat awal-awal baca buku-buku indie. Sebelum diorang masuk kedai buku biasa.

Bila baca Re: Tangerine & Nikotin, aku rasa nak baca balik penulisan dia yang aku pernah baca dan nak beli semua buku-buku dia.

20140225

The Lego Movie [2014]


The Lego Movie adalah satu cerita imaginasi seorang budak yang main lego collection bapaknya, penuh dengan moral values. Sesuai tontonan semua umur.

Ada banyak benda kita boleh belajar daripada movie ni. Basically, semua orang ada kebolehan dan kelebihan masing-masing jadi kita kena percaya dengan kebolehan diri sendiri. Kita juga kena belajar handle perbezaan dan perubahan yang dibawa oleh orang lain/ yang lebih muda secara positif sebab mungkin ianya bawa kebaikan kepada semua kalau mereka diberi peluang.

Dah macam mesej berbaur politik.

Ada part yang sedikit boring (dengan orang berdengkur dalam panggung ok) tapi bebudak dan orang dewasa yang dedulu main lego/ yang suka movie animasi sure enjoy tengok The Lego Movie***


20140224

Retainer

Bulan sepuluh ke sebelas itu hari, aku tertinggal retainer berbalut tisu atas meja dekat Dapur Kita

Semua macam drama. Aku gelak-gelak sambil bercinta. Dah pukul 1.45pm, cepat-cepat bangun dan gerak ke office. Tak sampai tiga tapak, teringat retainer atas meja. Tengok meja, dah clean and clear. Stress. Why do you have to be so efficient my dear cleaners?

So there goes RM500 down the garbage bin together with all the leftovers and stuff.

I am not planning to get braces again, the idea is tempting but certainly not in the near future; so wearing retainer everyday is crucial. That's why penting juga nak dapat retainer secepat yang mungkin. I got it the next day from the nearest dentist - walaupun mahal, sejam je siap.

Braces adalah beban seumur hidup. Kalau gigi lari sikit je macam Yana Samsudin yang comel tu, tak payahlah pakai kot.

Tapi Yana pun dah pergi betulkan gigi.

Biarlah dia banyak duit.

OK.

20140222

Asyraf + Hanani

8-2-2014

Everytime aku tengok diorang hati aku berbunga-bunga tak tau kenapa. Tahniah again and again. Semoga murah rezeki, diberkati dan bertambah kegembiraan, kebahagiaan dan kasih sayang dari hari ke hari, InsyaAllah.

*Curi gambar Ira :P

20140220

Faculty of Caffeine @ Jalan Trus

Quite a cozy place next to Plaza Seni. I don't think it can fit a large crowd with it's limited space. Nicely decorated but the view at the back was not very appealing. You can see the dumping spot next to Plaza Seni. Seriously, not nice at all. But I will come again for the delicious not so sweet apple crumble. Worth every cent.



20140219

Konspirasi Kucing

Mak, bapak dan anak kucing duduk di belakang dapur rumah tuan mereka dihadapan semangkuk biskut Friskies. Keadaan agak muram dan tak lively. Mereka dah bosan makan biskut dan ikan rebus. Lantas bapak mencadang, "Let's have some chicken!" Mereka bertiga bersorak gembira lalu membuat plan untuk fly dari rumah tuan diorang malam tu.

Serupa budak hostel dah.

Later that night, selepas berjalan lebih kurang 3-4km, mereka tiba di satu sudut bangunan yang ada kedai dengan maskot ayam peri-peri. 

Tiba-tiba terlihat abang kawasan datang. Ah gangster kampung tu. Kacau. Mujur manusia pun perasan dan segera menghalau. Dengan sekali tepukan di meja, abang kawasan menghilangkan diri.

Lalu terlihat kepingan-kepingan ayam bertaburan di cempak ke lantai. Bapak mengarah mak dan anak untuk ambil sambil menjaga persekitaran, kot-kot gangster kampung datang menyerang. Mak menolak dan mempelawa anak makan dulu. Biarlah aku lapar asal kau gembira, kata mak, Segera anak keluar dan mengambil habuannya. Tanpa disangka-sangka kepingan ayam di cempak lagi, kali ini bapaknya mendahulukan maknya pula. It's okay, our son and you needs it more - kata bapak pada mak. Maknya datang dengan teragak-agak disulami perasaan sayu, terharu dengan pengorbanan dan kasih sayang bapak.  

Mereka mengambil keputusan untuk beredar selepas merasa kemanisan ayam. Anak gembira yang teramat. Dapat juga makan benda lain selain biskut dengan ikan.

Bapak bertabah tapi masih lega dapat puaskan hati keluarga. Sedang mereka melangkah pergi tiba-tiba, kepingan ayam di cempak lagi. Mereka terkejut. Bapak offer ayam dekat mak dengan anak tapi dedua menolak and insist bapak makan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan keikhlasan bapak untuk menggembirakan hati anak dan mak, ada juga rezeki untuk dia. 

Syukur. 

Begitulah pengorbanan bapak dan mak.

So, yeah, Happy Birthday parents!

20140218

Kami Histeria [2014]




Comedy horror flick yang tak poyo and tak bangang. Rare. Ada acah-acah Scott Pilgrim vs The World sikit. Bolehlah duduk satu line dengan Main-Main Hantu yang sangat klasik dan sangat best.

Kelakar melampau. Seram pun melampau juga bagi orang yang penakut dan dah bertahun-tahun mengelak dari tengok cerita hantu - akulah tu. OST of course, terbaik. Suka lagu Pujaan Hatiku yang dengar bunyi je dah boleh confirm Loque buat.

Anyway, Fazura sangat cantik. Sangat. Satu je slack, part hantu menyerang menggila dengan rambut menggerbang masih kurang real animasinya. Apart from that, everything else is perfect.****

20140217

Semalam dia 26





Hari ni pergi kerja naik apa?

Motor. Eh. Kereta.

Motor dengan kereta pun dah tak boleh beza? Tanda-tanda dah tua.

Lulz.

20140215

Goggles

Mak-mak ni rasanya pakai goggles. Mother goggles. Anak buruk, jahat, gemuk macam mana pun masih buat statement, cantiknya cucu nenek or baik anak-anak mak or kurus kering dah anak umi.

Amazing! 

(Bila nak dapat pakai mother goggles ni.)

... anyway, can't wait for my friends to give birth. Nak peluk cium baby.

20140214

Artemis Fowl dan lain-lain


Siri buku yang mengisahkan tentang seorang criminal mastermind berumur 10 tahun terjumpa dengan pintu rahsia alam bawah tanah makhluk hikayat seperti elf, gnome, centaur dan demon. Kalau ikut kisah orang melayu, lebih kurang dia masuk dalam alam bunian.

Pada mulanya Artemis Fowl memang seorang penjenayah dan bermusuh dengan makhuk alam bawah tanah. Lama kelamaan, mereka berkawan dan sama-sama menyelamatkan dunia manusia dan dunia alam bawah tanah tersebut yang juga dikenali sebagai Haven dan penghuninya yang disebut sebagai the People.

Kisah seterusnya bacalah sendiri di wikipedia.

Cara penceritaan dia menarik untuk buat aku terus membaca dari buku pertama sampai ke buku kelapan, buku terakhir dalam siri Artemis Fowl. Mungkin juga aku memang minat dengan cerita alam fantasy yang diketengahkan oleh penulis, Eoin Colfer (disebut Owen Colfer).

Latar tempat di Ireland yang orang kata memang ada unsur magis menguatkan lagi kisah fiksyen remaja ini.

Sebenarnya aku agak sedih bila baca buku terakhir. Selain sebab cerita dia memang best, siri Artemis Fowl mengingatkan aku dengan Perpustakan SIGS.

Macam-macam buku aku baca masa zaman tingkatan enam dulu. Lagi-lagi masa lower six, masa cikgu-cikgu tak amek port pun pasal kitorang. Masa rasa weird pergi kantin semua orang pakai kain biru, lencana dan nametag kain tapi kau je kain coklat, nametag plastik warna kuning, lencana besi. Sebab tak ramai kawan dan belum berkenalan dengan bebudak tingkatan enam dari sekolah lain, aku banyak habiskan masa dekat library.

Selain Artemis Fowl, yang buku nombor satu sampai empat aku jumpa dekat library sekolah, High Society - Ben Elton dan Best of Friends - Cathy Kelly antara buku yang aku suka dan aku jumpa dekat sana. Library tu jadi titik permulaan jatuh cinta semula pada hobi lama iaitu membaca. Kalau nak diikutkan dari kecik Ma dah pupuk minat membaca. Semua buku Beatrix Potter aku ada, tapi tulah, bila meningkat remaja banyak masa dihabiskan dengan televisyen, internet dan telefon.

Masa mula-mula masuk universiti pun aku dah kurang membaca. Mujur jumpa dengan kawan-kawan yang ada minat yang sama. So, aku harap aku akan terus membaca dan lebih banyak membaca bahan ilmiah di masa hadapan.

20140213

Norwegian Wood - Haruki Murakami


Aku tak tau aku salah pilih buku pengenalan atau Murakami memang bukan my cup of tea. 

Norwegian Wood was okay. Tak buat aku rasa macam aku kena baca semua buku Murakami pun. Cerita pasal a loner, introvert, Japanese boy. 

Karakter kegemaran aku, Midori. Dia fun and exciting. Karakter lain mostly, depressing gila. I can't stand them, especially Naoko, macam please lah lighten up a bit (walhal tak boleh kot sebab dah dia memang ada mental condition). And I find Reiko pretentious. 

Aku memang bias terhadap Midori. She deserves better. Toru, another besotted guy - totally obsessed with Naoko. Sekali lagi, cinta tak boleh menyelamatkan apa-apa.

Murakami is too westernized. Aku tak dapat nak hadam cerita pasal orang Jepun yang all they ever talk about adalah western movies and music. Aku tak suka sangat lah benda tu. Bila fikir balik, as if buku Melayu moden tak mengagungkan Barat. Hah!

Like I've said earlier, mungkin lah Norwegian Wood bukan the best book untuk mula mengenali Murakami. Aku fikir, kalau aku baca Stark dulu, dan bukan High Society, mungkin aku takkan terbawa untuk beli dan baca semua buku karya Ben Elton.

Mungkin.

20140212

Jar of Blessings 2013

Aku lupa pasal benda alah ni. Kau tulis perkara yang buat kau happy untuk tahun tu dan bila mula tahun depan, kau tengok balik to reflect on happy things. Tu pun aku baru teringat lepas dah habis January.

Ironinya, benda-benda happy tu buat aku sedih. Last aku tulis apa-apa adalah bulan lapan. Bulan yang end up jadi bulan paling tragik. Tak bermaksud tak ada apa-apa yang menggembirakan sepanjang bulan sembilan sampai dua belas. Banyak je. Pergi tengok Yuna, beli kereta, Ofee kahwin, Hasan kahwin, birthday celebration etc. Banyak. Cuma masa bulan lapan aku banyak sangat menangis sampai tahap kebahagiaan dah dikaburi dengan air mata. Aku lalui hidup penuh dengan benci dan dendam. Hati hitam, kotor, legam. Ha apa lagi? Semua lah yang tak best. Tahap benda best pun jadi tak best sebab satu benda yang tak best.

Hidup berbelit. Tak ada orang faham.

Sekarang nak mulakan Box of Blessings 2014. Box sebab aku guna kotak yang Ira bagi hadiah buku masa birthday itu hari. Harap konsisten dan harap kalau ada kecelakaan tak mempengaruhi kehidupan aku seterusnya.

Aku taknak hidup dalam gear reverse selama-lamanya.

20140211

The Great Gatsby - F. Scott Fitzgerald / [2013]


I made a point not to watch the movie before I read the book. Sebenarnya blur juga baca buku tahun 1920an yang aku betul-betul tak dapat grasp keadaan dia macam mana so aku agak-agak je. Bila tengok movie baru aku dapat bayangkan semua yang aku dah baca.

Bagi aku buku ni menceritakan betapa kehidupan penuh dengan penipuan dan kejahatan tersembunyi, Kemungkinan besar orang yang ada masa gembira takkan ada masa susah, dan cinta takkan menyelamatkan apa-apa.

Aku rasa Leonardo DiCaprio macam tak sesuai bawa watak Jay Gatsby. Cara dia sebut "old sport" gila awkward. Isla Fisher was goooood. Memang menjadi dia bawa watak Myrtle. And I actually like to see more of Nick & Jordan.

Sakit hati sebenarnya dengan Daisy. Entahlah. Perempuan, couldn't make up her mind. Lepas langgar orang, lari. Jay Gatsby pun nak sangat protect dia, obsessed katanya. Ah. Sakit hati. Tom apa lagi, ambil peluang untuk lepaskan diri dan dapatkan balik isteri.

Dunia memang kejam.


20140210

Basic phone

Sebab BlackBerry rosak lagi and I still can't afford an iPhone and that's all that I want tahap boyfriend offer guna phone dia (android) aku senyap je (a sort of polite way to decline his offer). Walhal dia faham je and dia pun poyo je. Baru dua hari guna basic phone dah merengek susah nak type. Hmph. Well, apa-apa jelah. Aku tunggu orang belanja iPhone. Thanks.