20140104

apa yang baru?

Nombor empat ni macam annoying je. Tapi masa umur 24 lah I had the most fun, and that was 2012. 

2013 more to adult stuff. Dah called to the bar. Dah kerja yang betul-betul kerja, bukan intern, bukan chambering, bukan part-time whatsoever. Kerja, kau pegang satu projek, apa-apa problem, kau salah, kau tanggung dan kau jawab. Dah cuba untuk buat sesuatu yang tak pernah terfikir nak buat sebelum ni, masalahnya; banyak masalah maka kita hold dulu.

2014 plan untuk pergi ke lebih banyak wedding. Lebih kurang empat ke lima orang kawan rapat akan berkahwin tahun ni (setakat Januari 2014) and I'm excited to the max. Bila teringat yang eh dia ni nak kahwin, dia tu nak kahwin terus tersengih-sengih tak sabar nak tengok diorang lepas menikah, sanding atas pelamin, inai dijari and apa-apa jelah yang berkaitan dengan perkahwinan.

Second plan is to read more. Last year berjaya baca 28 books; quite a lot sebab memula tak sangka boleh habis baca that much what's with all the work stuff, pergi dating, nak tengok tv lah apa, nak main Candy Crush lagi ingatkan tak sempat kan. Dan plan tu bukan setakat baca je, tapi untuk ulang baca buku favourite. I'm currently reading a few books, one of it, Stories We Could Tell - a re-read.

And among other things, nak work hard. So, oklah nak buat kerja.

Happy New Year.


Post a Comment