20131230

Kolumpo [2013]


Hello. Dah lama tak tengok movie sampai lupa pasal cerita ni. Cerita yang ditonton few weeks ago. Format macam cerita Chow Kit juga ni. Walaupun tak berkaitan secara terus antara satu sama lain tapi kira antologi short film. Boleh?

Sofi Jikan makin bosan. Balik-balik macam tu lakonannya. Dah macam one trick pony. Aku terkesan dengan penipuan boss boss mamak. Tapi makin banyak dinner dekat mamak walaupun dah tengok dalam movie cara diorang adun tepung roti canai. True or not, reality or pure fiction, kembang gak tekak masa tengah tengok. Masa makan dah tak kira. Asal aku tak nampak sendiri depan mata. Heh.

Terkesan juga dengan sangka buruk terhadap mat-mat rempit (part sebak) tapi penat dengan Mak Mah punya repetition. Mungkin tu yang pengarah cuba timbulkan. Penonton akan rasa apa yang Gina rasa.

Cerita yang last buat aku rindu naik LRT round KL. Masa study dulu, bila dah pandai dan hafal laluan LRT/Monorail/Komuter rajin tetiap minggu pergi jalan-jalan. Sekarang jauh dan tol dah naik pulak tu.

Aku paling selalu teringat pergi SOGO dengan Ara dan Cuen lepas tu jumpa Cukue dan Dutta dekat Pavi lepas tu pergi makan dekat Fullhouse. Jalan-jalan tengok lampu masa last day exam dengan Dayang and ARiey sambil tahan ngantuk. Sesat dengan Ofee nak pergi Dewan Felda abang Nana kahwin. Ke Bukit Bintang malam-malam, tengok Citrawarna dekat Dataran Merdeka.

Rindu. ***3/4.

Post a Comment