20131108

Nurul + Nuar | Nikah

Kawan aku nikah, aku siap amek cuti tapi masih lambat siap kena sound dengan bapak pengantin. Mana taknya, nak kena gerak pukul 8.30am, 8.00am aku baru sampai nak makeup kan. Krik krik.

Alhamdulillah, pengantin selamat sampai walaupun jurunikah sampai dulu, walaupun tertinggal alas duduk dan bunga, rasanya tak kena marah dengan jurunikah walaupun dengan cerita dia seorang yang sangat garang.


Gambar sebelum nikah... gembira dan ceria. Nama pun Ofee. Jarang nak tunjuk emosi lain selain gembira dan ngantuk. Nak kahwin ni pun excited bukan main lagi.

Perasaan paling pelik adalah apabila kau dengan kawan-kawan lain sebak, tahan nangis lepas diorang selamat diijab kabulkan tapi Ofee dengan bahagia toleh belakang sambil angkat-angkat kening. Rasa macam nak siku. Serius.


Ni masa Nuar baru lepas pakaikan gelang and bagi mas kahwin/ mock cheque hantaran kalau tak silap. Ofee, masih excited dan Nuar, julung-julung kalinya tak buat muka dalam gambar.

 

And this is us minus Zahidah yang tak dapat datang atas hal keluarga. Lupa nak ambil gambar bertiga -_- Suka dapat jumpa Suraya sebab dah setahun lebih tak jumpa. Hopefully masa Hasan + Myra nanti dapat jumpa Zahidah.

Bergambar bersama pengantin baru. Wuwuwuw.
Chuen ambil cuti last-last pergi office dan terlepas upacara nikah. Pasal tu gambar dia tak ada. Hehe


Congratulations Ofee and Nuar. Semoga next year aku dah ada anak buah sorang.We love youuuu :*

Post a Comment