20131130

KL Noir : Red - Fixi Novo


"Every city has a a dark side." Tapi tak semua cerita dalam KL Noir saya rasa dark. Contoh: Rukun Tetangga. Rasa kelakar.

Saya suka Mamak Murder Mystery. Cerita disebalik kedai mamak dan pekerja asing. Memang betul pun ramai tertipu, datang Malaysia dan end up as pekerja kedai mamak walaupun ada diploma, ijazah dan sebagainya. Kesian kan? Lagi kesian sebab bila berlaku apa-apa dekat mereka, semua orang tak kisah.

Asian Angel adalah brilliant. The twist at the end tu yang saya suka. Sama macam Chasing Butterflies in the Night. I like stories with twists like that. Benda yang tak disangka-sangka yang hanya dirungkai di hujung cerita.

A Gift of Flowers mengisahkan bagaimana sejambak bunga ros boleh menghubungkan orang-orang berbeza dan akhirnya, everything comes full circle. 

After Dark, My Love, feels like a non-fiction. Macam artikel dalam majalah. Sebab haritu baru lepas jalan-jalan dekat Bukit Bintang di offer pakej hotel murah sejam RM30 dan nampak sendiri macammana pelacur line up depan hotel-hotel murah tunggu untuk dipilih dan jalankan tugas as if it's legal to do so... bila baca macam, eh betullah memang benda ni ada. 

Antara cerita yang agak menggelikan, gory, rasa nak muntah baca adalah Cannibal vs Ah Long dan The Unbeliever. Tak tau lah. Gelilah.

My most favourite would be The Machete and Me. Sangat haunting tahap sepanjang baca rasa diperhatikan oleh sesuatu. Kudos to Dayang Noor. 

 Overall, antologi cerpen yang tidak mengecewakan langsung. The best yang dibaca tahun ini.
Post a Comment