20131128

[MOVED] Del's Kitchen @ Taman Pelangi

Del's Kitchen moved to Straits View in mid-2015

Bersarapan dikelilingi orang kaya. Itulah first impression terhadap Del's Kitchen. Mana taknya, yang makan situ haritu semua kereta mahal yang memang betul-betul mahal siap driver beruniform. Dressup ala-ala (memang) mak datin dan socialites. Rasa tak layak duduk sebumbung.







Dari segi makanan, mille crepe terlalu buttery for me. Mi siam sedap tapi prefer yang tak terlalu berkuah. Omelette okay tapi dari segi rupa, kecewa sikit. Tak cantik. Makan nak cantik baru dapat buka selera.

Tapi bestlah sarapan dekat sini. Tengok menu harga boleh tahan. Tak mampu nak makan tiap-tiap minggu. Sebulan sekali mungkin boleh. Ikutkan nafsu mestilah nak pergi hari-hari dan cuba semua yang ada, dari asian ke western, savouries and desserts. InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih.
Post a Comment