20131130

KL Noir : Red - Fixi Novo


"Every city has a a dark side." Tapi tak semua cerita dalam KL Noir saya rasa dark. Contoh: Rukun Tetangga. Rasa kelakar.

Saya suka Mamak Murder Mystery. Cerita disebalik kedai mamak dan pekerja asing. Memang betul pun ramai tertipu, datang Malaysia dan end up as pekerja kedai mamak walaupun ada diploma, ijazah dan sebagainya. Kesian kan? Lagi kesian sebab bila berlaku apa-apa dekat mereka, semua orang tak kisah.

Asian Angel adalah brilliant. The twist at the end tu yang saya suka. Sama macam Chasing Butterflies in the Night. I like stories with twists like that. Benda yang tak disangka-sangka yang hanya dirungkai di hujung cerita.

A Gift of Flowers mengisahkan bagaimana sejambak bunga ros boleh menghubungkan orang-orang berbeza dan akhirnya, everything comes full circle. 

After Dark, My Love, feels like a non-fiction. Macam artikel dalam majalah. Sebab haritu baru lepas jalan-jalan dekat Bukit Bintang di offer pakej hotel murah sejam RM30 dan nampak sendiri macammana pelacur line up depan hotel-hotel murah tunggu untuk dipilih dan jalankan tugas as if it's legal to do so... bila baca macam, eh betullah memang benda ni ada. 

Antara cerita yang agak menggelikan, gory, rasa nak muntah baca adalah Cannibal vs Ah Long dan The Unbeliever. Tak tau lah. Gelilah.

My most favourite would be The Machete and Me. Sangat haunting tahap sepanjang baca rasa diperhatikan oleh sesuatu. Kudos to Dayang Noor. 

 Overall, antologi cerpen yang tidak mengecewakan langsung. The best yang dibaca tahun ini.

20131128

[MOVED] Del's Kitchen @ Taman Pelangi

Del's Kitchen moved to Straits View in mid-2015

Bersarapan dikelilingi orang kaya. Itulah first impression terhadap Del's Kitchen. Mana taknya, yang makan situ haritu semua kereta mahal yang memang betul-betul mahal siap driver beruniform. Dressup ala-ala (memang) mak datin dan socialites. Rasa tak layak duduk sebumbung.







Dari segi makanan, mille crepe terlalu buttery for me. Mi siam sedap tapi prefer yang tak terlalu berkuah. Omelette okay tapi dari segi rupa, kecewa sikit. Tak cantik. Makan nak cantik baru dapat buka selera.

Tapi bestlah sarapan dekat sini. Tengok menu harga boleh tahan. Tak mampu nak makan tiap-tiap minggu. Sebulan sekali mungkin boleh. Ikutkan nafsu mestilah nak pergi hari-hari dan cuba semua yang ada, dari asian ke western, savouries and desserts. InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih.

20131126

Main Gila - Lejen Press


Sebab aku hantu antologi cerpen maka kebanyakan buku yang aku baca adalah antologi.

Main Gila cerita dia pasal pembunuhan. Tak kira lah apa pun motifnya dan bagaimana orang jadi pembunuh, end up ada yang mati. Overall, bagi aku semua okay. Ada yang tak best, satu, pasal cinta sejenis. Orang suka nak tulis pasal LGBT secara exaggerative menjadikan benda tu tak rasa real langsung. Cubalah bercerita secara bersahaja. Yang lain semua okay. Ada a few exceptional ones. I like the first short story. Yang last, Dhabit, pun best. Aku suka cara penulis describe semua benda yang berlaku disekeliling watak. Menarik.

20131125

Cookies & Ginger @ Adda Heights

You've heard of Coffee Bean & Tea Leaf, Melur & Thyme. Now it's Cookies & Ginger. Owned by a Singaporean family - if I'm not mistaken.

We had nachos, creamy pasta with grilled chicken and grilled chicken chop served with veggies and rice. Friendly owners, great ambiance, delicious food and generous serving. I prefer my creamy pasta with seafood instead of grilled chicken. Hope they'll add that up on the menu










After a few months we are back in Cookies & Ginger. We had the grilled chicken (again - want to order something else but it was unavailable), aglio olio and BBQ wings (Level 2). The BBQ wings was very hot. If you're not into spicy stuff you should opt for Level 1. The olio was good and the portion was big, as usual.


By now I have probably tasted all of the food in the menu - all is delicious and I personally think they are worth more than the money paid - but it is so hard to get a seat there. Reservation is highly recommended or if you can, come early.

Cookeis & Ginger is located at Adda Heights (Jalan Adda Heights 3/1 - near E&Y Sahul) (foursquare). Opening Hours Monday, Tuesday & Thursday 5.00pm- 10.00pm ; Friday to Sunday 5.00pm-10.30pm ; Closed on Wednesdays. Phone: 07-358 7420. 

20131124

Myra + Hasan

Their story was quite a love story. Alhamdulillah, ke jinjang pelamin jua. Tahniah Hasan dan Myra. Semoga bahagia ke syurga. Semoga dilimpahkan rezeki. Banyak keturunannya. Diberkati hidupnya. InsyaAllah.

Pelamin sangat cantik boleh view di sini *klik* rekaan Chenta Concepts.







Gembira betul sebab ramai kawan-kawan datang. Almaklumlah wedding class mates. Class rep pulak tu. Ada yang lepas grad tak jumpa, haritu jumpa. Ada yang tengok muka aku terkejut gila 'You look very different.' as if aku buat plastic surgery probably sebab aku dah remove braces, lepas tu nampak Halim kat sebelah boleh cakap 'Congratulation!' Hello aku dah kahwin ke? Belum lah! Tapi doakan okay? Thanks.

20131120

Wordless Wednesday - twenty five in pictures



20131116

This is the oldest that I have ever felt.

A post long overdue.

A day before my birthday, somebody asked me about my age and I was tempted to lie.

The next day my dad asked, and I told him I'm 22. As if he doesn't have a clue.

That been said, thank you for all the birthday wishes. I definitely felt the love. You guys made me very happy on my birthday.

Special mentions to...

The office mates. Thanks for the free lunch ladies.

Thank you so much for the books Ariey and Ira. Those were on my must buy list and you knew because I did share the list with you but I almost bought one of the books few weeks ago, thank God I didn't hehe.

And just when I thought there'll be no suprises this year, I was literally blown away by what my friends had planned for me. Thank you so much words can't describe how happy I was. Tapi tak nangis okay. Crying would be too dramatic, no?:P

For the family, thanks for the dinner and thanks for waiting. It has been awhile.

Last but not least...

Thank you again, Love, for everything. Another great day thanks to you. The bouquet, the gifts, the dinner treat and also your time. Thanks for staying in my life. My twenty fourth year will not be same without you. I love you dakmok.





Here's to being a better person. Doakan.

20131115

Yasmin How You Know?


Terkejut juga bila baru dapat buku ni sebab siapa yang pernah nampak ia secara fizikal, memang sengaja diproduce macam buku tak siap. Dahlah beli dekat mphonline.com manalah tak gelabah. Ingatkan dapat defect item

Ada beberapa benda yang aku tak faham dalam buku ni, maybe tu inside jokes. Tapi mostly, buku ni bawa positive vibe. Ada benda kelakar ada benda inspiring. Mostly, inspiring. Dia akan buat kita rasa semangat and rasa life is not that bad. Semua orang ada dugaan, semua orang menangis, semua orang stress tapi kita sendiri yang pilih macam mana nak handle masalah dalam hidup. Kalau orang yang tengah down baca buku ni mudah-mudahan boleh lighten up sikit dan rasa lebih gembira.

She was and still is one of my favourite director. Alfatihah.

20131112

Nurul + Nuar | Majlis Bertandang


Majlis terakhir. Kitorang jadi pengapit. Halim dah banyak experience uruskan wedding. Aku? Walaupun dah pernah jadi pengapit, masih tak behave. Tengok gambar, banyak gila muka kepoh tak reti duduk diam. Benci.

Contoh paling baik. Orang lain elok posing. Diri sendiri? *krik*krik*

Moment paling best adalah masa sebelum masuk balairaya. Cousin Nuar bersilat hip hop / Singapore katanya. Tak boleh berhenti gelak masa tu.




Rasa best pula tengok gambar sebab baju kitorang masuk dengan pelamin segala. Mula-mula ingat nak pakai peach tapi tak jadi sebab nak pakai masa majlis bersanding. Nasib baik ada baju yang colour seakan-akan. Paling penting, pengantin sangat menyerlah ya.


Selesai majlis, ikut pengantin ke outdoor photoshoot. This is my favourite. Macam sweet sangat semua orang, please. Lagi-lagi Ofee dengan Nuar lah kan. Kudos to the photographer.


Last but not least...


Congratulations again and again and again Ofee and Nuar. So happy for you guys. As cliche as it is, semoga bahagia til jannah!

20131111

Nurul + Nuar | Majlis Bersanding

Majlis bersanding Ofee tema putih, pink, peach. Love the theme and the pelamin and the dress. Aku rasa, comel sangat combination dia.

It was fun, of course, memandangkan almost all my best friends were there.






Gembira dapat jumpa kawan-kawan UKM yang ada dah tak jumpa lebih setahun. Lagi-lagi si gedik dua orang ni. Dayang datang tapi tak bagitau rasa nak cubit sampai lebam. Grr.





Dan ini gang lepak selalu. Sayang-sayang saya. Hihi. Kami tunggu sampai orang kemas khemah baru go on dengan kehidupan sendiri sebelum sambung berlengas untuk majlis bertandang keesokan harinya.

20131110

Nurul + Nuar | Malam Berinai

Selepas nikah, ada majlis khatam al-Quran. Unfortunately, tak dapat nak attend atas hal yang tak dapat dielakkan (baca: kena balik office). Anyway, malamnya sempat ke majlis berinai. That was my first experience. 



Yang aku faham, majlis berinai adalah masa untuk berinai tapi dah pakai inai so masa majlis berinai buat apa? Rupanya bersanding and ada merenjis segala siap calit inai kat tangan pengantin masa merenjis tu.


That was me masa tengah merenjis. Again, this is my first time. Masa ni belum tragedi terlanggar tempat air mawar sampai jatuh bawah kerusi pengantin. Memalukan okay. Aku harap aku tak gelabah lagi kalau kena paksa merenjis lepas ni.