20131030

Two Brothers - Ben Elton

Two Brothers - Ben Elton

Ben Elton, penulis buku yang aku betul-betul minat tahap semua buku ada dalam koleksi dan dah habis baca.

Kebanyakan penulisan dia lebih kepada teori konspirasi yang kita boleh relate dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Aku suka elemen sarcasm yang dia ketengahkan dalam semua buku. Kira, that's his style.

Setakat ni ada dua buku sahaja yang aku tak berapa minat; Stark dan The First Casualty. Stark tu maybe aku tak suka sebab keadaan kat mana aku baca buku tu... so totally tak ada kena mengena dengan cerita. The First Casualty pasal tentera dan perang dan benda sejarah yang aku tak tau, that's why aku tak minat. Pasal tu jugalah aku berkira nak beli Two Brothers yang dari cover dah tau cerita ada kaitan dengan perang - pesen judge a book by it's cover.

Masa mula baca memang expectation rendah. Tak sangka boleh suka buku ni. Walaupun memang ada cerita pasal sejarah dulu-dulu, memandangkan latar masa sekitar 1920an - 1940an di German - meaning; berkisar tentang Nazi, Aryans and Jews; tahulah sikit-sikit cukup untuk faham keadaan masa tu.

Plot utama pula lebih kepada hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Ada pasal cinta tapi tak banyak. Dalam afterword Ben Elton explain the inspiration behind this novel; semuanya based on pengalaman keluarga dia sendiri hidup sebagai Yahudi masa pemerintahan Hitler.

Dari sini nampaklah perbezaan buku ni dengan buku-buku dia yang lain whereby, it's personal to him and walaupun masih ada elemen konspirasi yang menarik, it's not the star of the story.

Two Brothers buat aku rasa nak re-read Stark dan The First Casualty. Mana tau kali ni aku suka.

ps. Bila kita anggap bangsa sendiri paling mulia and pandang hina bangsa lain, dah lebih kurang lah tu dengan Nazi.



Post a Comment