20131001

Seyogia - Amal Hamsan

Seyogia


Beli atas sebab minat pada Amal Hasman. Sebelum baca, imbas kod untuk masuk dalam rak "sedang baca" di goodreads. Ternampak rebiu kata cerita ni sedih. Terus tak sabar nak buat bacaan sebelum tidur.

Memang tak tahu cerita nya pasal apa. Bila dah baca, dah tahu, sedih memang sedih. Remaja hilang arah, kurang kasih sayang, rindukan abang, rindu keakraban dulu, mahu lari dari masalah, kalau boleh.

Cara penulis mengarang dan susun cerita pun cantik. Diulang tapi tak mual, tak rasa bosan, tak muak, tak rasa macam "alah copy paste je?". Pengulangan yang feels right.

Cuma aku kurang gemar ada unsur kanser dalam cerita. Lagi-lagi kanser otak. Sebab rasa macam, balik-balik kanser otak. Pengakhiran cerita pula... sedikit kurang puas. Ayat terakhir memang best tapi nak membawa ke ayat tu... rasa macam, tak cukup ke penderitaan yang dia perlu hadap? 

Pendek kata, suka novel ni. Dah banyak buku yang dihadap siang malam sekadar nak habiskan baca. Yang ini lain, yang ini habiskan terus sekali jalan dalam masa lebih kurang tiga jam. Berhenti sekejap-sekejap untuk seka air mata, yang banyak kali juga memunculkan diri. Kan dah kata, memang sedih.
Post a Comment