20131029

Salah letak perasaan

Senang sangat nak maafkan orang yang tak layak dimaafkan. Kalau untuk orang yang patut dimaafkan, susah pula nak lembutkan hati. Mungkin letak pada air muka mereka dan berapa lama aku dah perap diorang dalam hati.

Mungkin juga aku memilih untuk mengada dengan siapa. Untuk yang sayang aku lebih, aku merajuk lama-lama sebab aku tau akan dipujuk. Buat apa nak merajuk syok sendiri. Tak ada hasil. Keh keh.

Ya memang aku cepat sentap aku mengaku. Tapi sentap aku sekejap kalau kau tak bagi ruang untuk aku mengungkit.

Dia bengang betul dengan perangai aku. Bila mengamuk sungguh-sungguh. Perli habis baik, sound kaw kaw punya. Bila dah jumpa tak ambil masa lama nak gembira balik. Macam tak pernah rasa sakit hati. Hujung-hujung dia rasa marah bagi pihak aku.

So sweet.
Post a Comment