20130902

Lelaki Eksistensial - Nami

Lelaki Eksistensial

Lelaki kasanova tanpa nama yang hidup mewah dan suka berfikir dan berfalsafah, sering memetik jenama mahal dan pelik-pelik semasa menceritakan kehidupannya. Mungkin dia rasa dia lebih pandai daripada orang lain, acah-acah "deep" dan dia terlalu jakun bila dapat hidup mewah memandangkan sebelum menemui kekayaan dia merupakan seorang yang malang - sila bayangkan ada huruf L di dahinya - sebab itu sikapnya jadi begitu.

Ada beberapa "scene" yang agak "racy" - kata kasanova kan? Walaupun bukan elemen utama dan tak sampai tahap trilogi 50 Shades, kalau tak selesa dengan perkara yang memperihalkan seks hatta dalam satu ayat pun, elakkan buku ini.

Nami adalah Nami. Boleh kenal gaya penulisan dan watak-watak ciptaannya/berdasarkan orang-orang sekelilingnya yang seakan berulang dan berkait dalam semua cerita/buku yang dikarang oleh beliau. Saya mula suka baca penulisan Nami semenjak terjumpa Awek Chuck Taylor dalam blog sebelum dijadikan buku. Saya beli Lelaki Eksistensial pun sebab nak tahu latar belakang disebalik watak dalam Rokok Nan Sebatang yang seperti ACT, juga saya baca di blog (tumblr?) dan sekarang dah ada buku, mungkin akan beli sebagai koleksi.

ACT adalah cerita paling saya suka dalam banyak-banyak cerita yang Nami tulis tapi suntingan dalam Lelaki Eksistensial lebih bagus. Saya tahu buku indie tak menitikberatkan sangat hal macam ni tapi secara personalnya, ianya mungkin perkara yang orang lain anggap remeh tapi sangat mengganggu saya untuk menikmati cerita yang ingin disampaikan penulis.



Secara keseluruhan, saya rasa buku ini okay. Saya bagi tiga bintang di goodreads.
Post a Comment