20130923

Dabel Date - Lejen Press

Sedikit kecewa lah dengan antologi cerpen terbitan Lejen Press ni. Kebanyakannya hanya okay. Ada yang macam, tak payah baca pun tak apa lah ya.

Satu siri yang luar biasa best dia, Aku, Suzanne dan Sebuah Kisah Cinta Tanpa Tajuk karya Lang Rahman. Terbahagi kepada tiga cerpen yang menggambarkan betapa cinta dapat buat seseorang rasa bagaikan dia memiliki satu kebolehan yang menjangkau norma manusia. Ianya boleh disimpulkan melalui lirik berikut - You changed my whole life, don't know what you're doing to me with your love, I'm feeling all superhuman you did this to me, a superhuman heart beats in me, nothing can stop me here with you, superhuman. Gittew.
Post a Comment