20130826

2009/2013 : Bas

2009

Kelas pagi memang merimaskan. Bas paling awal pukul 7.30am. Bas seterusnya selepas setengah jam. Perjalanan dari kolej ke fakulti makan masa 15 minit. Kalau naik bas kedua akan lambat sampai dan mungkin tak dapat masuk kelas.

Keluar dari blok dah nampak bas dari pusat pengangkutan menuju ke hentian. Cuba pecut dengan segala kudrat sampai di belakang bas pintu tertutup tapi bas belum bergerak.

Bagai histeria berlari lagi, terus ketuk pintu bas... nasib baik pemandu bas perasan dan bagi kami masuk. Histeria kot, takkan tak perasan?


2013

Dah pukul 6.05pm. Jam sistem pejabat lambat 5 minit maka selama-lamanya lah lambat keluar pejabat walaupun sepatutnya masa kerja habis pukul 6.00pm. Siapkan kerja yang ada, cepat-cepat kemas meja, keluar dari pejabat tapi, erk, kenapa boss keluar saing?

Dalam lif berbual ringan. Dalam hati debar fikir, sempat ke nak kejar bas 6.30pm. Kalau tak sempat terpaksa tunggu pukul 7.00pm. Lambat sangat tu.

Lepas Asar rasa nak pakai lipstain dulu sebab bibir rasa kering, muka nampak pucat. Tak tahu nak betulkan eyeliner atau tak. Biar nak balik rumah pun, hati rasa nak melawa. Kalih jam, 6.36pm. Eh, sempat lagi ni nak naik bas! Terus sumbat barang dalam handbag, bergegas keluar surau.

Dalam rushing tu sempat telefon dia tanya, dekat mana, dah sampai rumah ke. Berbual sambil berdebar. Dari atas escalator dah nampak bas kuning. Tak pasti nombor berapa. Hati yakin kata itu bas ke rumah. Urgh. Lambat lagi. Terlepas bas! Telefon diabaikan tanpa letak panggilan.

Masih tak putus asa, berlari turun escalator. Elok sampai depan bas yang dah menyusur keluar dari hentian, pintu tertutup. Aku pandang pasrah sambil ketuk pintu bas walaupun sedar pemandu tak endah.

Mujur ada penumpang di dalam bagitahu, pemandu terus buka pintu.

"OK dah, saya sempat naik bas *pheww*."
Post a Comment