20130704

Monsters University [2013]

Monsters University


Semua orang dah sibuk nak tengok Despicable Me 2 baru ni nak cerita pasal Monsters University. Haha.

Saya suka cara Monsters University dikaitkan dengan Monsters Inc. Contohnya, masa Mike ambil gambar untuk kad pelajar, reaksi dia sama dengan reaksi masa dia tengok iklan Monster Inc. - gembira gila walaupun kurang separuh muka (atau mata, atau badan?) dia nampak dalam gambar/iklan tu.

Pengajaran daripada filem ini antaranya, tak semestinya kita kena ikut laluan yang biasa untuk capai impian kita. Mike dan Sully memulakan karier daripada tempat paling bawah hinggalah dapat jadi antara yang paling hebat. Jadi jangan cepat putus harap bila benda yang kita rancang tak menjadi. Mesti ada cara lain. Bezanya cepat atau lambat, susah atau senang. Selain tu, jangan pandang rendah dekat orang lain dan selalu percaya dengan kebolehan sendiri sebab semua orang (dan monster) ada kelebihan masing-masing.

Macam terkena dekat batang hidung pasal percaya dengan kebolehan sendiri tu.

Kesimpulannya, Monsters University menghiburkan dan banyak pengajaran. Orang tak pernah tengok Monsters Inc. pun boleh terhibur dengan cerita ni cuma, kalau ada sedikit pengetahuan  tentang Monsters Inc.; contohnya tentang permusuhan antara Randy Boggs dengan Sully mungkin lebih menarik. Puas hati walaupun saya lagi suka Monsters Inc.***
Post a Comment