20130701

Kepastian

Kalau ikut hati dan visi dah banyak kali cakap taknak.

Taknak kerja macam ni.
Taknak hidup macam tu.
Nak buat benda lain seumur hidup.
Nak gembira dengan kerja, nak buat apa yang aku suka.

Tak boleh puaskan hati semua orang tapi hidup bukan seorang.

Bila ditanya pasti ke tak apa yang aku pilih sekarang, aku tak ada jawapan.

Yang aku pasti...
Kena tolong ma, abah.
Kena bahagiakan mereka.
Rezeki jangan ditolak, bukan tak usaha yang lain tapi dapat juga jalan ni, ada hikmah.
Ramai orang merungut belajar lain, kerja lain - aku patut bersyukur.
Bukan dah lupa impian sebenar tapi nak kejar impian aku perlukan pengalaman dan wang.
Semoga rezeki sekarang membuka jalan untuk aku dapatkan apa yang aku nak.
Kita merancang dan berusaha, doa, dan tawakal.
Jika takdir aku begini sampai ke akhirnya, semoga aku jatuh cinta dengan apa yang aku buat walaupun tak dapat buat apa yang aku cinta.

Cinta kan tak harus memiliki...

Minggu ini bakal menentukan sama ada aku perlu beli lebih banyak baju hitam putih atau tidak.

Redha dan cuba berikan yang terbaik.


Seoul Garden Johor Bahru City SquareSeoul Garden Johor Bahru City SquareSeoul Garden Johor Bahru City Square
Makan-makan selepas ditemuduga pada hari Sabtu dua minggu lepas.
Petang ni ada temuduga lagi satu.
Post a Comment