20130709

Fight Club - Chuck Palahniuk


Jalan cerita yang pantas. Lompat sana-sini. Pening pun ada juga sebab membayangkan diri sendiri di tempat pencerita yang sah-sah ada kecelaruan minda. Menurut Afterwords, penulis sengaja buat pembaca terikat dengan cerita walaupun dia kerap masukkan dua tiga topik dalam satu bab melalui peraturan-peraturan fight club dan Project Mayhem yang sentiasa diulang-ulang. Bijak. Dah pernah tonton filem dengan tajuk sama sebelum baca jadi nikmat membaca tu dah kurang - elemen kejutan yang sepatutnya ada dah hilang.

Chuck Palahniuk merupakan salah seorang daripada segelintir penulis yang saya minat penulisannya - bermula selepas membaca Invisible Monster. Setakat ini hasil penulisan dia yang saya baca semua ada perkara yang menggelikan dan terlampau.
Post a Comment