20130724

Diary - Chuck Palahniuk

Diary - Chuck Palahniuk

Kisah dunia moden yang terperangkap dalam amalan, kepercayaan tradisi, legenda yang tak pasti karut atau tidak. Kekayaan yang melimpah ruah hanya boleh diperolehi dengan pengorbanan dan kisah pahit. Untuk menyelamatkan diri dan keturunan sendiri, yang lain harus mati. Antara sanggup atau tidak sahaja.

Lelaki yang berkahwin dengan perempuan atas dasar kepentingan masyarakat tapi akhirnya gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Perempuan yang disiksa untuk mengembalikan kekayaan orang lain. Orang yang perlu diselamatkan rupanya punca semua penderitaan. Ironi.

Kalau pernah baca novel Chuck Palahniuk tentu familiar dengan gaya penulisan beliau. Ayat yang berulang-ulang. Gambaran sesuatu perkara yang gory dan grotesque. Permainan psikologi dan penerangan tentang perkara-perkara ilmiah walaupun saya sendiri tak pasti sejauh mana info yang digunapakai adalah betul atau rekaan semata-mata. Rasanya fakta. 

Diary tidak menghampakan. Satu novel yang buat saya berfikir. Buku yang seronok untuk dibaca. A bit haunting and disturbing. I learnt alot about handwriting and art from it. Juga buat rasa mual dan jijik. Penderitaan mungkin satu elemen wajib dalam novel-novel Chuck Palahniuk.

Post a Comment