20130703

Chambering : Pra-Long Call

1. Kad Jemputan 

Berpakat dengan semua yang long call bersekali. Buat satu kad, senang dan jimat kos sebab kena bagi semua Hakim, Pendaftar, Majistret dan lain-lain yang berkaitan.


2. Jamuan 

Sama macam kad, berpakat juga tapi ada salah faham sikit. Dia kata tak tau jamuan selepas upacara long call untuk semua tetamu diaturkan bersekali. 

Sebenarnya tradisi di Johor Bahru semua yang akan long call akan aturkan jamuan selepas upacara long call untuk para hakim, orang mahkamah dan tetamu-tetamu lain bersama-sama, bukan secara individu. Tak pasti di tempat lain tapi rasanya sama je.


3. Jubah 

Beli atau pinjam? Pilih untuk pinjam daripada peguam lain kerana tak rasa akan guna lagi jubah tersebut selain untuk long call.

Masa buat keputusan untuk pinjam, belum nampak masa depan kerjaya ke arah mana. Sekarang dah ada nampak samar bayangan dan rasanya telah buat keputusan yang tepat.


4. Pengusul 

Mover. Mestilah seorang peguam yang telah beramal tidak kurang daripada tujuh tahun, senang kata, senior lawyer. Bukan Master dan bukan datang dari firma tempat chambering.


5. Notis Pengusul

Long Call Speech. Ada format yang disediakan untuk speech. Ada minta kawan contoh dan terus sediakan speech untuk mover sebagai deraf.


6. Suratcara Teratur 

Papers in order. Bar Council bagi surat pengesahan. Johore Bar dan Jabatan Peguam No. Tel : 03-8885 5000/264(Johor Bahru) kena telefon. Mahkamah pula, person in charge cakap kalau dia atau jurubahasa tak ada telefon maksudnya  papers in order tapi untuk selamat, telefon sajalah No. Tel : 07-226 7791


7. Deraf Perintah 

Sediakan dua salinan Deraf Perintah untuk bawa semasa long call nanti. Dapat contoh daripada checklist lama-lama yang kawan-kawan bagi melalui e-mel. Ada juga minta contoh lain daripada kawan 
Post a Comment