20130717

Chambering : Perintah

Antara isu yang saya hadapi masa nak menderaf tu, nak letak header mahkamah mana, nak letak PKP mahkamah mana dan nak failkan ke mahkamah mana. Lepas tanya kawan-kawan yang dah long call awal, header letak mahkamah tempat long call, PKP masih Kuala Lumpur dan failkan pun ke Kuala Lumpur. Tak ada masalah sebenarnya memandangkan nanti PKP akan semak dan pinda apa-apa yang patut.

Cepat sahaja proses kali ni. Pagi failkan deraf, petang dah boleh extract. Kos = RM10-00 (scan). Kalau tunggu e-mel daripada sistem e-filing lepas dua hari baru dapat jadi lebih baik cek sendiri dekat laman sesawang e-filing. 

Seterusnya, sediakan Perintah. Mampatkan jadi satu mukasurat sahaja. Kalau ikut guideline, kecilkan saiz tulisan ke 11 baru muat satu muka.

Sesegera mungkin, failkan Perintah bersekali dengan satu salinan deraf (macam biasa). Kos = RM310-00 (RM10-00 scan + RM300-00 filing).

Selepas tu boleh extract dan guna untuk urusan permohonan practicing certificate.
Post a Comment