20130710

Chambering : Long Call

Baju hitam putih, blazer, robe, bib, dan deraf perintah dua salinan.

Termasuk long call sendiri, ini baru kali kedua saya hadir ke perbicaraan sebegini. Enam orang, enam ragam. Ada yang sedih-sedih sikit terutamanya yang ibu/bapa sarungkan jubah tapi... saya punya luar biasa. Diri sendiri rasa nak ROTFL kalau diizinkan tapi kira melanggar etika pula.

Bukan notis pengusul yang jadi punca gelak ketawa tapi ada beberapa perkataan yang pengusul tersalah sebut. Baguslah. Ada yang boleh dikenang.

Sejurus selepas keenam-enam pempetisyen didaftaraikan sebagai Peguamcara & Peguambela, Yang Arif Hakim memberikan ucapan yang berisi dengan kata-kata tahniah dan nasihat-nasihat antaranya tentang kepentingan untuk sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa tidak kira kepada pihak mahkamah, pihak lawan, mahupun saksi. ...This is good policy as many cases have been won by courtesy and lost by rudeness - Lord Denning

Selesai upacara, bergegas ambil deraf perintah untuk ditandatangani wakil Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam/Johore Bar. 

Selepas itu bolehlah bergambar dan menjamu selera.

Jujur kata tak sabar nak buka jubah tu. Panas sangat-sangat. Panas terlampau. Nak ambil gambar punya pasal, sarung dan buka semula sampai jubah senget-senget. Lantaklah asal ada gambar. Lagipun bila lagi nak pakai jubah tu bukan boleh suka-suka pakai. Hari long call sahaja dimaafkan dan dipersilakan untuk jadi jakun.

Terima kasih ma abah ambil cuti datang long call akak walaupun mula-mula bagitahu dua-dua macam taknak datang (sobs).
Terima kasih Iwan, Cuen datang straight dari Singapura. hihi
Terima kasih Ros bagi coklat. Kejutan sangat!
Terima kasih Halim ambil cuti, bawa kamera jadi jurugambar amatur sekejap tak ada hadiah pun tak apa memang awak ada dalam hidup saya, banyak tolong saya dari akhir bulan sembilan sampai sekarang dan akan datang dah cukup untuk saya.


Long Call Mahkamah Tinggi Johor Bahru

Long Call Mahkamah Tinggi Johor Bahru

Long Call Mahkamah Tinggi Johor Bahru

Long Call Mahkamah Tinggi Johor Bahru

Long Call Mahkamah Tinggi Johor Bahru
Post a Comment